Pewarna Tiruan Beri Kesan Buruk Pada Tingkah Laku Anak

Bahaya Pewarna Tiruan





Penggunaan pewarna makanan tiruan boleh memberi kesan yang buruk kepada tingkah laku anak-anak seperti menjadi panas baran dan kurang daya tumpuan. Menjadi kebiasaan kebanyakkan anak-anak kecil akan tertarik kepada makanan yang bewarna-warni.

Zaman yang semakin moden ini bukan gula-gula atau lolipop sahaja yang berwarna-warni malahan makanan-makanan yang seringkali viral juga telah diubah mengikut trend 'hipster' dengan mencampurkan pewarna tiruan bagi menarik pelanggan.

Tanpa kita sedari kesan buruk jika pengunaan pewarna tiruan berleluasa dalam makanan  dan dimakan oleh anak kecil kita.

Antara makanan yang telah diubah mengikut trend 'hipster' ialah:

  • Karipap berwarna kekuningan juga bertukar warna-warni
  • Roti canai yang berwarna kekuningan bertukar warna merah, hijau, biru
  • Laksam yang asalnya berwarna putih bertukar kepada warna-warni
  • Roti jala pun tidak kurang juga ada yang mengubah kepada warna-warni.
Sebenarnya tidak salah untuk menukarkan warna biasa kepada warna-warni bagi mencipta kelainan dan untuk menarik perhatian pelanggan. Akan tetapi cuba elakkan penggunaan warna sintetik yang berbahaya. Sebaliknya guna pewarna semulajadi seperti:

  • HIJAU - daun pandan atau teh hijau
  • KUNING - kunyit hidup
  • MERAH - strawberry, rasberi atau ubi bit
  • BIRU - bunga telang
  • PERANG -serbuk koko
  • OREN - lobak merah


KESAN PEWARNA SINTETIK

  1. Anak-anak akan mengalami masalah kelakuan seperti panas baran dan daya tumpuan juga akan terjejas.
  2. Lebih mudah membentuk sel kanser kerana bahan genetik dalam sel telah rosak.
  3. Tartrazine (pewarna kuning jingga) penyebab kepada kanser dan juga boleh meningkatkan hiperkatif dikalangan kanak-kanak. Ianya juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.
  4. Bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin akan menjadi rendah dan boleh menyebabkan kanser.
  5. Bengkak tisu, alergi dan masalah pernafasan.





Share this article:

1 comment:

  1. Bagus info ni, lepasni kena hati2 pilih makanan untuk anak

    ReplyDelete