Kuih Buah Melaka Kukus


Bulan puasa je mesti rasa teringin nak makan macam-macam kan. Teringin nak makan Kuih Buah Melaka Kukus. Selalu kalau beli mesti rasa tak sedap, rasa nak basi la so better buat sendiri sebab senang sangat kecuali MALAS. Hihihi.

So Cie pun sesaja jela goole sekali keluar resepi blog sendiri. Hiihi. Berguna la jugak share resepi kat blog. Terkadang kita lupa bahan sebab jarang masak kuih muih ni kan.

Banyak jugak Cie buat. Nasib baik la sedap. Risau juga kan bulan puasa tak boleh nak rasa. Bahan pulak memang takde sukatan pun main agak-agak je. Bagi kat jiran, pengasuh anak, mertua dan ayah.

Korang kalau teringin nak cuba buat boleh guna resepi Cie ni ye Resepi Kuih Buah Melaka Kukus
Share this article:

1 comment:

  1. Ohhh mcm ni rupanya kuih buah melaka kukus,, jakun plak hii

    ReplyDelete