7 Cara Mencegah HFMD - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 1 August 2018

7 Cara Mencegah HFMD

APA ITU PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT | HFMD

7 Cara Mencegah HFMD


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

7 CARA MENCEGAH HFMD 

1. ELAKKAN AKTIVITI LUAR

Seeloknya musim penyakit HFMD sedang menular ni cuba elakkan aktiviti luar terutamanya tempat yang melibatkan ramai orang. Jika anak anda terkena penyakit ini, maka elakkan dari membawa anak keluar rumah. 

2. KETAHUI TANDA-TANDA HFMD

Ibu bapa seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu tentang penyakit HFMD ini. Kenalpasti tanda-tanda HFMD supaya lebih senang untuk bertindak jika terkena kepada anak-anak. Bawa berjumpa doktor segera jika terdapat tanda-tanda HFMD supaya rawatan segera boleh diambil. Ia juga dapat mengelak dari menular kepada kanak-kanak lain.

3. AMALKAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

Ini sangat penting jika kita hendak mencegah dari terkena HFMD. Memang wajib amalkan penjagaan kebersihan diri yang sempurna. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas keluar dari tandas, selepas menukar lampin anak-anak, selepas menyentuh permukaan yang kotor, selepas mencuci najis kanak-kanak dan lain-lain.

4. MENCUCI PERMAINAN ANAK-ANAK DAN PERALATAN RUMAH

Gunakan pencuci untuk membasmi kuman pada permainan anak-anak, lantai rumah, tandas, permukaan meja dan sebagainya. 

5. BUANG NAJIS DENGAN SEMPURNA

Pastikan lampin pakai buang dibuang dengan betul ke dalam tong sampah. 

6. JANGAN BERKONGSI BARANG

Jangan sesekali berkongsi peralatan untuk makan dan minum. Pastikan juga anak-anak tidak berkongsi bekas makanan dengan kawan-kawan yang lain.

7. SARINGAN DI SEKOLAH ATAU PUSAT ASUHAN

Pihak sekolah dan juga pengusaha pusat asuhan perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Pastikan kanak-kanak yang mengalami simptom tidak dibenarkan memasuki premis. Pihak sekolah dan pengusaha pusat asuhan juga perlu melakukan pembersihan secara berkala.

PEMBASMI KUMAN HMFD YANG SELAMAT DIGUNAKAN

Rumah Cie memang sentiasa dibasmi kuman menggunakan Basic H Shaklee. Basic H tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang merbahaya kepada kesiahatan. Cie pilih untuk menggunakan Basic H sebab:

  • Tidak mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Tidak mengandungi pelarut sintetik yang boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Tidak mengandungi pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Tidak mengandungi morpholine iaitu sejenis toksin berbahaya yang boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Tidak mengandungi pencuci kaca yang mengandungi ammonia iaitu sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
7 Cara Mencegah HFMD
(klik gambar untuk keterangan lanjut)


No comments:

Post a Comment