Resepi Brownies Ringkas - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 3 March 2019

Resepi Brownies Ringkas

RESEPI BROWNIES


Hari ni Cie nak share 1 RESEPI BROWNIES yang sangat senang untuk dibuat. Tak perlu guna mixer pun. Actually Cie dah 2 kali guna resepi ni. Masa mula-mula buat memang cantik je banyak kedut. Kali kedua kurang kedut pulak. Taktau la kenapa. Cie bukan pakar jadi asalkan resepi nya brownies cukup la. 

Cie buat ni sekejap je licin anak-anak Cie suka makan termasuk la Cie dan suami. 1 adunan ni memang sikit je dapat. Tapi ok la tak boleh makan banyak-banyak benda manis.

BAHAN-BAHAN BROWNIES


113 gm mentega
75 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
100 gm gula pasir
260 gm coklat masakan
10 gm serbuk koko
2 biji telur
Badam cincang untuk hiasan

 Cairkan mentega dan coklat masakan menggunakan kaedah 'double boiler'. Macam dalam gambar ni. Isi air dalam periuk kemudian letak mangkuk stainless steel atasnya. Buka api perlahan saja.


 Bila dah cair tu sejukkan seketika


 Dalam mangkuk lain. Masukkan telur, gula dan esen vanila.


 Pukul dengan whisk sehingga rata. Tak perlu sampai kembang. Kalau tak ada whisk boleh guna senduk.


 Selepas mentega dan coklat tadi dah sejuk, masukkan ke dalam mangkuk adunan telur


Kacau rata sehingga sebati 


 Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko


Kacau sehingga sebati dan rata 


Masukkan ke dalam aluminium foil containers. Bakar dengan suhu 170c selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing


2 comments: