Resepi Bubur Pulut Hitam Periuk Noxxa - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 3 March 2019

Resepi Bubur Pulut Hitam Periuk Noxxa

RESEPI BUBUR PULUT HITAM | PERIUK NOXXA


Minggu lepas konon nya nak masak BUBUR PULUT HITAM guna PERIUK NOXXA. Tapi kemalasan tahap dewa betul la. So minggu ni terpaksa buat jugak sebab teringin sangat dah nak makan mengalahkan orang mengidam. Hahahah.

Kali kedua dah masak bubur pulut hitam guna periuk noxxa tapi baru ni sempat nak up resepi. Busy betul la. Gambar-gambar ni semua masa buat kali pertama.

BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahan untuk rebus pulut hitam:
3 cawan pulut hitam - perlu dibersihkan dan direndam selama 15 minit
6 cawan air
sehelai daun pandan

 Masukkan pulut hitam yang telah dibersihkan ke dalam pot periuk noxxa. Masukkan daun pandan.


Set periuk kepada HP 40 minit. Laraskan tombol ke Pressure 


Selepas 40 minit bunyi beep akan kedengaran menandakan ianya telah siap. 

Bahan-bahan untuk memasak bubur pulut hitam
1 ketul gula melaka
Sedikit garam
2 sudu gula merah
2 sudu gula pasir
300 ml santan
Air secukupnya

 Masukkan gula melaka, garam, santan, air.


 Tekan button stir fry


Kacau sehingga sebati bahan-bahan tadi 


Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau sehingga sebati semua bahan dan sehinnga mendidih. Off button dan sedia dihidangkan.


Siap dah BUBUR PULUT HITAM PERIUK NOXXA

No comments:

Post a Comment