Nak hilangkan bau hanyir ikan atau daging memang agak sukar. Kadang-kadang walau dah masak tu bau hanyir masih melekat membuatkan kita rasa takde selera nak menikmati hidangan ikan atau daging.
Disini Cie nak kongsikan tips atau petua yang Cie amalkan dan ada juga Cie dapat dari MAJALAH RASA.
1. HALIA
SUMBER GAMBAR: GOOGLE |
2. CUKA MAKAN
SUMBER GAMBAR: GOOGLE |
3. NANAS
SUMBER GAMBAR: GOOGLE |
Menurut Majalah RASA buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan daging. Ianya juga sesuai untuk menghilangkan bau hanyir ayam juga. Caranya mudah sahaja cuma perlu parutkan nanas kemudian gaulkan dengan ikan atau daging. Biarkan selama sejam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut kegemaran. Daging masak lemak nanas pun sedap.
4. LIMAU NIPIS
SUMBER GAMBAR: GOOGLE |
Limau nipis pun Cie suka gunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan dan daging atau ayam serta makanan laut. Bau dan masam limau tu membuatkan ianya dapat menghilangkan bau hanyir secara semulajadi. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging dan gaulkan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih untuk dimasak.
5. DAUN BETIK
Bahan lain yang kita boleh gunakan antaranya Tepung Gandum, Limau Kasturi, Limau Purut, Lemon, Garam dan mungkin ada bahan lain lagi petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan daging.
Selamat mencuba la tips dan petua ini. Semoga membantu.