Friday, 12 March 2021

Hari Bonus Shaklee

 BONUS SHAKLEE

Hari Bonus Shaklee

Pagi tadi log in Maybank2u sebab nak order barang. Sekali tengok macam banyak je. Rupanya bonus dah masuk akaun. Alhamdulillah. Sebenarnya BONUS SHAKLEE 14hb setiap bulan tapi kalau 14hb tu jatuh pada hari cuti Shaklee akan bayar awal.

Tahniah jugak buat team Cie SR Millionaire yang berjaya capai bonus. Bulan ni jom usaha sehabis baik untuk menikmati bonus pada bulan hadapan. Boleh buat belanja raya nanti.

Sejak 2012 Cie join Shaklee tak pernah lagi bayar bonus lambat. Bayar awal lagi ada la. Shaklee sangat menjaga kebajikan semua pengedarnya. Gaji kerja pun setiap bulan berubah-ubah. Kalau bulan perayaan akan diawalkan lepas tu nak menunggu gaji bulan seterusnya tu terlalu lama pulak. 

Alhamdulillah sejak buat bisnes Shaklee ni tak pernah la rasa sesak takde duit tengah bulan. Gaji kerja masuk minggu akhir bulan, bonus Shaklee masuk tengah bulan. Jadinya ada la back up kala duit banyak nak guna bulan tu.

Kalau dulu sebelum buat bisnes Shaklee Cie memang selalu la kering tak cukup duit. Huhuhu. Nak tunggu next gaji tu memang bercinta la sebab banyak komitmen. Sendiri cari penyakit kan. Hahaha. Semoga dengan asbab Cie buat bisnes Shaklee ni dapat la selesaikan segala komitmen ni secepat yang mungkin.

Alhamdulillah direzekikan jumpa bisnes Shaklee. Bisnes yang banyak mengajar Cie macam-macam perkara untuk menjadi yang lebih baik. Kita tak sempurna ada kelemahan masing-masing tapi kita cuba la perbaiki untuk menjadi yang terbaik kepada diri kita sendiri. 

Bila kita dah mulakan sesuatu bisnes tu buat la sampai berjaya. Sampai dapat capai apa matlamat dan impian kita. Jangan berhenti separuh jalan mana tau kejayaan hanya didepan kita je dah tak jauh sangat. Kita jugak la yang rugi nanti.

Kepada anda yang berminat nak mencuba bisnes Shaklee boleh hubungi Cie ye untuk pertanyaan lanjut. Nanti Cie akan terangkan dengan lebih mendalam.

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH






10 comments: