Monday, 13 December 2021

Fettucine Aglio Olio

 RESEPI FETTUCINE AGLIO OLIO SIMPLE

Fettucine Aglio Olio

Hari ni unplanned cuti. Tiba-tiba lepas solat subuh pagi tadi rasa berat je nak pergi kerja. Hihi. Terus isi hrmis cuti. Hujung tahun akaun dah tutup busy mengadap benda lain pulak. Macam-macam la kan nak kena settle sebelum masuk tahun baru.

Pagi tadi ajak anak-anak morning walk matahari dah meninggi. Ok la boleh serap Vitamin D. Balik baru masak breakfast anak-anak. 

Ibu masih meneruskan Intermitten Fasting on weekdays jela. Weekend bantai cheat day. Hahaha. Sebelum keluar morning walk telan 6 biji lecithin. Jalan dan berlari manja kat badminton court pun habis merenyam tempat banyak lemak. Lemak menangis kena bakar. Hahaha.

Balik rumah terus masuk dapur. Anak-anak request nak spageti carbonara takde susu pulak, nak bolognese pun takde bahan. Fettucine je ada so yang paling mudah Fettucine Aglio Olio paling simple bahan apa ada je.

Bahan-bahan Fettucine Aglio Olio

Fettucine 
Isi ayam
Carrot
Bawang putih
Bawang besar
Minyak
Mixed herb
Perencah maggi cukup rasa
Lada sulah

Cara Membuat Fettucine Aglio Olio

  1. Rebuskan fettucine sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Cie guna minyak jagung dalam 2 sudu je. Kalau ada olive oil lagi bagus. Kalau takde guna je minyak apa-apa. Kadang-kadang marjerin pun boleh.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Cie guna je bawang kisar dalam peti yang dah buat siap-siap tu malas nak mencincang bagai.
  4. Bila dah layu sikit masukkam isi ayam. Boleh jugak letak udang ke sotong ke apa-apa jela yang ada.
  5. Bila ayam dah masak masukkan carrot dan fettucine.
  6. Perasakan dengan perencah maggi cukup rasa dan lada sulah.
  7. Akhir sekali taburkan mixed herb untuk naikkan aroma pasta tu.
Dah siap untuk dimakan. Simple je pun boleh la untuk breakfast. Guna bahan yang ada saja.

Selamat mencuba

Fettucine Aglio Olio