Phytocol-ST Shaklee | Formula Baru - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 18 June 2022

Phytocol-ST Shaklee | Formula Baru

PHYTOCOL-ST SHAKLEE NEW FORMULA

Phytocol-ST Shaklee | Formula Baru

APA ITU STEROL TUMBUHAN?

Fitosterol atau sterol tumbuhan adalah sejenis phytochemical yang boleh didapati dalam tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, bijirin penuh, kekacang, biji bunga matahari dan kebanyakkan minyak sayuran.

Pengambilan sterol tumbuhan sebanyak 2000mg sehari adalah digalakkan untuk mengurangkan LDL kolesterol sebanyak 8-10%.

Pengambilan sterol tumbuhan setiap hari 1600-2000mg/sehari mampu mengurangkan penyerapan kolesterol dari usus sebanyak 30%. Fitosterol diserap ke dalam aliran darah dan menghalang kolesterol daripada diserap.

BERAPA BANYAK YANG PERLU KITA MAKAN UNTUK MENDAPATKAN 2000MG STEROL TUMBUHAN SETIAP HARI?

  • 6.5 cawan kacang soya
  • 59 biji buah oren
  • 47.5 biji timun

TAHUKAH ANDA?

Anda tidak boleh mengambil lebih daripada 300mg kolesterol dalam diet anda setiap hari.

APA YANG BERLAKU JIKA TERLALU BANYAK KOLESTEROL DIAMBIL?

Apabila terlalu banyak kolesterol dalam aliran darah akan membuatkan kolesterol melekat di dinding arteri dan akan tersumbat.

Di Malaysia, wanita (45%) mempunyai jumlah kolesterol yang lebih tinggi berbanding lelaki (32%). Kebanyakkan orang tidak sedar mereka mempunyai tahap kolesterol yang semakin tinggi.

TIPS UNTUK MENGEKALKAN TAHAP KOLESTEROL YANG SIHAT

  • Kurangkan makan lemak tepu
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak trans
  • Berhenti merokok
  • Minum alkohol secara sederhana
  • Sertakan fitosterol dalam diet harian
  • Makan makanan yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3
  • Lebihkan serat dalam diet
  • Kurangkan berat badan dan lakukan aktiviti fizikal

MANFAAT STEROL TUMBUHAN

1. Mengekalkan Kesihatan Jantung

Fitosterol terkenal dengan keupayaan menurunkan kolesterol. Kajian menunjukkan bahawa sterol tumbuhan boleh membantu mengurangkan tahap LDL-C sebanyak 17%. Oleh itu, ia membantu mengurangkan penyakit jantung.


2. Mengekalkan Kesihatan Prostat

Kajian telah menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil fitosterol dapat meningkatkan aliran air kencing mereka dan mengurangkan jumlah air kencing yang tersisa di pundi kencing.


3. Menyokong Kesihatan Otak

Fitosterol telah terbukti dapat melalui halangan darah-otak (blood-brain-barrier), yang terkumpul pada otak dan mengurangkan penghasilan plak yang berkaitan dengan sel otak.

Fitosterol didapati kurang amyloidogenik daripada kolesterol.


4. Membantu Dalam Proses Pengurangan Berat

Kajian mendapati bahawa fitosterol bermanfaat untuk penurunan berat badan - pengurangan tisu lemak.

Ujian klinikal menyokong kesan anti-obesiti fitosterol. Mengurangkan tisu adipose di bahagian perut. Suplemen fitosterol membantu mengurangkan berat badan.


KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST

  • Daripada campuran sterol. Memberikan 2,000mg sterol tumbuhan setiap hari
  • Tanpa perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet
  • Mempunyai sijil HALAL daripada Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM
  • Bebas gluten


Phytocol-ST Shaklee | Formula Baru


Harga Ahli: RM166.00
Harga Pasaran: RM207.50

Berminat nak dapatkan Phytocol-ST Shaklee?
Boleh klik sini: PHYTOCOL-ST

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH








No comments:

Post a Comment