Cara Merawat HFMD - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 17 June 2022

Cara Merawat HFMD

RAWATAN PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

Cara Merawat HFMD

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) merupakan penyakit kanak-kanak bawah umur 10 tahun yang mengalami lepuhan berisi air di tangan, kaki dan mulut. Tekak dan tonsil juga akan membentuk ulser kecil. Biasanya akan sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari.

Sehingga 11 Jun 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertimggi berbanding negeri-negeri lain. Diikuti WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Perak, Johor dan Kelantan. 


TANDA DAN GEJALA HFMD

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan 
  • Ulser di dalam mulut, tekak dan lidah
  • Ruam

CARA MENCEGAH HFMD

  • Mandi 2 kali sehari
  • Jangan kongsi tuala, pinggan, sudu, garfu, cawan dan alat mainan
  • Tutup mulut ketika batuk dan bersin
  • Amalkan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih
  • Elakkan mencium pesakit HFMD


CARA MERAWAT HFMD

1. AIS KRIM / MAKANAN SEJUK / MINUMAN SEJUK

Aiskrim vanila, agar-agar sejuk, puding sejuk, minuman sejuk dapat memberi kelegaan kepada anak yang mengalami ulser di dalam mulut. Ibu boleh membuat ais krim homemade dengan campuran buah-buahan segar.

2. HERBAL BLEND SHAKLEE

Krim Herbal Blend Shaklee boleh disapu pada ruam di luaran sahaja. Sapu nipis-nipis. Formula menthol yang menyejukkan diperkaya dengan ekstrak semulajadi termasuk rosemary, kamomil, minyak jagung dan salvia membantu untuk melegakan kulit.

3. AIR KELAPA MUDA

Air kelapa muda boleh diberikan kepada anak untuk melegakan demam. Elakkan menambah gula. Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus sekaligus dapat membantu untuk turunkan suhu demam.

4. VITAMIN C

Selain air kelapa, boleh juga beri minum air jus buah-buahan lain seperti oren yang kaya dengan khasiat Vitamin C. Jus buah tanpa gula. Lebih baik sejukkan jus sebelum diminum. 

Kalau nak mudah boleh juga berikan Chewable Vitamin C yang boleh anak-anak kunyah. Untuk melegakan ulser dan membantu mengurangkan demam.


TITIK BERATKAN PENJAGAAN KESIHATAN

Selain rawatan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di atas, faktor kebersihan perlu dijaga sepanjang masa. Perlu kerap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih. Sanitize tangan sebelum memegang pesakit.

Kuarantin anak yang terkena HFMD untuk elak berjangkit.

Jika anak sangat tidak bermaya, suhu badan agak tinggi dan keadaan agak membimbangkan, pastikan anda bawa segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment