Texas Chicken Jerantut

 PENGALAMAN MAKAN DI TEXAS CHICKEN JERANTUT


Texas chicken jerantut

Ni merupakan kali pertama Cie makan Texas Chicken. Walaupun lama dah ada Texas Chicken di Jerantut. Selalunya lalu je tak pernah singgah. Sebab taktau juga ada menu apa kan.

Kebetulan ke Jerantut nak cari kasut Cie dan kasut sekolah anak. Tanya anak-anak nak makan apa jawapannya nak makan MCD. Ibu macam dah bosan nak makan MCD. Husband cakap jomla try Texas Chicken pulak.

Cie pun google MENU TEXAS CHICKEN nak tengok apa yang menarik. Tengok dah menarik so kami decide nak try. Kalau sedap boleh repeat, kalau tak sedap cukup la sekali kan.

Masuk je ke dalam Texas Chicken Jerantut yang terletak di Petron Temin Jerantut kami terus ke kaunter dan seperti biasa la cashier akan greet dan tanya nak makan ke bungkus. Teringat pulak kenangan masa jadi Assistant Restaurant Manager KFC dulu.

Kebetulan masa kami membuat pesanan tu takde orang lain so dapat la tanya macam-macam kat cashier yang sabar je menjawab. Maklum la kali pertama nak order dan makan mesti la nak kena tau takut salah order.


Texas chicken jerantut
Banyak sangat pilihan menu yang disediakan


Texas chicken jerantut
Bestnya kat sini air boleh refill kecuali air milo


Texas chicken jerantut
Ni menu yang kami order


Texas chicken jerantut
Order serba sedikit nak merasa


Texas chicken jerantut
Total bil yang kami order

Kami ambik combo ayam 5 ketul ada sekali Honey Butter Biscuit, Mashed Potato, Fries. Ada 2 pilihan boleh pilih antara yang disediakan ada Coleslaw juga. Tapi sebab dah habis katanya so mereka hanya bagi Mashed Potato dan Fries. Kedua-duanya bersize large.

Honey Butter Biscuit tu memang tersangat sedap. Cicah pulak dengan Mashed Potato. Memang sedap sangat. Mashed Potato pun Cie boleh kata lagi sedap dari KFC.

Chicken kami pilih yang original. Cashier cakap ayam spicy lebih pedas dari KFC. Kami pun decide ambil yang original sebab anak-anak nak makan dan terlupa pulak nak tanya boleh campur ke tak. So ambil la kami yang original. Tak sesuai la untuk orang dewasa sebab tawar dan tak rasa sangat. Sesuai untuk anak-anak jela. So next time kena ambil juga yang spicy.

Kami ambil juga set burger dan wrap.  Set burger tu kami ambil Ranch Burger with Tortilla Chips ada sekali air dan Crisper. Crisper tu potato fries juga tapi berbentuk macam wedges. Sedap jugak. 

Set wrap pulak kami ambil Texas Wrap Combo Original. Ada sekali fries dan air. Ni pun sedap juga. 

Air tu kami ambil 2 je dalam set burger dan wrap sebab boleh refill kan. Kami ambil lemonade dan fanta purple tu. Lemonade tu sangat sedap. Kakak kata macam rasa Performance Drink Lemon Lime. Anak Shaklee sangat kan. Hihihi. Untuk refill boleh pilih je nak air apa. Kalau nak lemonade tu kena minta kat cashier, air lain ada je tepi kaunter. Sebelum balik minta refill lagi air lemonade boleh bawak balik.

Ayam kami tak habis pun 3 ketul. Besar sangat ayamnya. Tak habis makan kami minta kotak untuk bungkus bawa balik.

Overall Cie boleh kata yang Texas Chicken ni lagi sedap dari KFC walaupun Cie bekas manager KFC. Hihihi. Harapnya lepas ni Texas Chicken ni ada la di Kuala Lipis.

Si sulong ibu ni jadi anak dara dah


Yang ni bongsu dah. Hihihi


Manja ibu ni. Mula-mula kakak duduk sebelah ibu, dia suruh kakak bangun nak tukar tempat


Post a Comment

0 Comments