Roti Sarang Burung Kuala Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 26 June 2022

Roti Sarang Burung Kuala Lipis

 ROTI SARANG BURUNG | KUALA LIPIS

Roti Sarang Burung Kuala Lipis

Cie pun tak tahu kat Lipis ada kedai Roti Sarang Burung. Kebetulan semalam husband ajak try makan kat kedai yang kami belum pernah makan. Sekali tengok wahhh menarik ni ada Roti Sarang Burung. Apa tunggu lagi terus jela order kan.

Roti Sarang Burung ni ada telur 2 biji. Telur goyang ditengah-tengah roti canai tu. Itu sebab agaknya dia dipanggil Roti Sarang Burung. Nampak bentuk sarang burung. Yela kot. Hihihi.

Kedai ni terletak di Kuarters JKR Kuala Lipis. Tapak kedai tu asalnya bersebelahan dengan rumah staf JKR tapi mereka dah berpindah ke tempat lain. Kalau banjir rumah mereka hanya nampak bumbung jela. Rumah tu pun dah rosak. Kedai tu pun kalau banjir akan terjejas jugak.

Selain dari menu Roti Sarang Burung, kedai tu ada juga menyediakan menu lain. So boleh pilih la ikut selera. Roti canai pelbagai jenis, nasi lemak, rendang, mee goreng, bihun goreng dan menu lain juga.

Roti Sarang Burung Kuala Lipis
Nasi lemak ni kakak yang order


Roti Sarang Burung Kuala Lipis
Ni adik order


Roti Sarang Burung Kuala Lipis
Ibu dan babah order ni satu sorang


Roti Sarang Burung Kuala Lipis
Sekeping dia boleh habiskan


Roti Sarang Burung Kuala Lipis
Wajib la ni order teh o ais


Roti Sarang Burung Kuala Lipis
Kakak order milo ais


Ni jela menu yang kami try. InsyaAllah akan repeat lagi makan sini lepas ni. Cie memang jenis makan roti canai mesti nak ada telur mata goyang. So Roti Sarang Burung ni memang menepati selera Cie. Tak payah dah nak order telur mata asing.


Elderberry tea shaklee
Makan kat kedai bawak bekal ai sendiri


Makan kat kedai order air suam je lepas tu bancuh air sendiri. Bawak bekal Elderberry Tea je bancuh. Kebetulan ada Elderberry Tea je dalam beg. Terlupa nak bawak Cinch Tea. Elderberry ni dah takde sekarang ni. Shaklee dah stop. Cinch Tea jela masih ada.

Bagus minum air ni kalori rendah 7kcal je. Boleh tingkatkan metabolisme kita.

No comments:

Post a Comment