GRAND BARAKAH HOTEL
Bercuti ke KL bulan 9, tapi bulan 11 baru sempat nak share. Hihi. Busy terlampau. Hari ni free terus tukar template blog yang baru. Kali ni try yang free dulu. Kalau tak ok nanti kita upgrade ke yang berbayar pulak.
Bulan September hari tu berkesempatan bercuti di Putrajaya. Dah alang-alang ke sana tu yang decide untuk stay KL 1 malam boleh jumpa team bisnes Shaklee kat Ampang. Hotel ni dulu Cie dah pernah stay. Nama hotel ni dulu De Palma. Sekarang dah tukar management baru dan nama pun bertukar baru Grand Barakah Hotel.
Facilities dalam bilik masih sama je dengan yang dulu tu. Cie ambik bilik saja takde breakfast sebabnya masih IF so tak turun breakfast. So tak boleh la nak review breakfast sedap ke tak. Tapi bilik agak selesa la untuk stay dengan anak-anak. Bilik juga bersih.
Kalau stay sini boleh jalan kaki je ke Ampang Point memang betul-betul depan hotel je. Seberang jalan je dah sampai Ampang Point. Cie jumpa team bisnes pun kat Old Town Ampang Point tu mengopi sambil discuss hal bisnes.
Nak makan pun area Ampang terlalu banyak kedai makan. Google saja dan pilih je nak makan apa dari masakan melayu, masakan thai mahupun makanan barat semua adakat situ.
Tukar daripada Flamingo rupanya.
ReplyDeleteAmpang Point masa belajar di universiti selalu lepak situ. Hehe tiba-tiba rasa rindu. Lama tidak pergi.
Ampang Point masih hidup kedai2 kat situ.
DeleteBilik nampak bersih dan kemas. Sepadan dengan harga.
ReplyDelete