MH Hotel Ipoh Perak

PERCUTIAN SINGKAT DI IPOH PERAK

MH Hotel Ipoh Perak

Awal bulan Oktober 2022 masa cuti Maulidur Rasul, suami mengajak kami ke Taiping untuk mengambil ibu mertua yang berkunjung ke rumah adiknya.

So Cie decide untuk stay di Ipoh saja memandangkan kami tak pernah stay di Ipoh. Di Taiping memang kerap dah sebab adik mak mertua tinggal di Taiping.

Cie pun survey la hotel dah last minute masa tu lagi beberapa hari sebelum hujung minggu baru husband ajak. Memang banyak hotel yang dah full. 

Alhamdulillah rezeki kami dapat book MH Hotels Ipoh. Dengan harga yang berpatutan. Boleh la untuk tidur semalaman saja. Rezeki jugak dapat hotel yang selesa dan berdekatan dengan banyak tempat makan, tempat shopping.

MH Hotel Ipoh ni terletak betul-betul bersebelahan MCD drive thru. Exit je Ipoh terus nampak hotel. Tak susah nak cari.

MH Hotel Ipoh Perak

Bila bercuti kat hotel anak-anak la yang paling happy. Asalkan anak-anak happy, have fun kita mak bapak ni tumpang je happy anak-anak tu. 2 beradik ni memang suka tidur hotel.

Masa ni tengah tunggu ada 1 couple ni check in. Boleh pulak dia longgok beg dia depan kaunter. Wife ada duduk kat kerusi depan receptionist tu tapi boleh dia buat taktau je takde pun alihkan beg dia. Husband nya keluar lepas mereka check in tu. Memang takde common sense.

Mujur boleh bersabar lagi malas nak rosakkan mood vacation dengan anak-anak. Terpaksa la ke tepi sikit kaunter tu untuk check in. Tu pun masih keras dia tak alihkan beg tu. Memang selfish betul. Seluas-luas lobi tu depan kaunter jugak nak longgok beg. Macam pertama kali check in kot.


MH Hotel Ipoh Perak


Masuk bilik kemas dan bersih terus lupakan kisah young couple yang selfish tadi tu. Melayu tapinya takde adab. Cannot brain betul ada manusia macam tu.

MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak

Macam tak ramai check in kat MH Hotel ni. Maybe sebab hotel ni tepi highway dan jauh sikit dari bandar. Tapi best je dekat dengan AEON, nak makan pun senang bawah hotel je MCD.

MH Hotel ni ada restoran kat roof top. Buka petang sampai malam je. Tak tau sangat sebab kami pun tak duduk kat bilik banyak keluar shopping je. Makan pun kat luar je. Memang betul-betul tidur je dalam bilik.

MH Hotel Ipoh Perak


MH Hotel Ipoh Perak

Overall memang puas hati stay kat sini. Staff pun friendly, bilik complete facilities, bilik bersih dan kemas. Harga Cie dapat masa tu RM240.48 bilik deluxe premier twin booking melalui agoda.

Lepas check out jalan-jalan kat Ipoh sebelum ke Taiping ambil mak mertua.

Post a Comment

0 Comments