Promo Shaklee Februari 2023 - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 7 February 2023

Promo Shaklee Februari 2023

 PROMO SHAKLEE FEBRUARI 2023


Promosi shaklee februari 2023


Seperti biasa la setiap bulan ada je promo baru Shaklee sediakan. Masuk tahun baru je banyak Shaklee sediakan promo yang menarik semuanya. Bulan ni masih ada program Lucky Draw. Best pulak tu layak menang gold bar dan banyak lagi hadiah lain yang menarik.

PROMO ESP 2 TONG RM150

Promo Shaklee Januari 2023

Ni promo yang paling best. Paling ramai orang suka. Tersangat jimat dah ni. Beli 2 tong bulan ni hanya RM150 sahaja. Harga asal ESP 2 tong RM347.50. Lebih kurang 50% korang jimat. Korang akan dapat jugak PERCUMA PENGHANTARAN dan PERCUMA KEAHLIAN. Tak payah bayar yuran keahlian RM35 dan postage bernilai RM10 pun tak payah bayar. Bayar RM150 je.

Lepas tu Shaklee bagi offer lagi dengan beli promo ESP tu korang layak beli Alfalfa RM25 sahaja. Memang jimat sangat dah ni. Harga Alfalfa ni sebotol RM63.75. Korang layak jugak join Lucky Draw.

Info tentang ESP: ESP SHAKLEE

PROMO SET HELLO NEW YOU

Promo Shaklee Januari 2023

Promo Set Kurus ni pun dah beberapa bulan Shaklee buat dan memang sangat membantu journey Cie nak turunkan berat badan. Lengkap dalam 1 set dengan pelbagai fungsi yang berbeza bagi setiap item. Dalam set ini terdapat 1x Cinch Chocolate, 1x Omega Guard, 1x Lecithin dan 1x Herblax.

Untuk pembelian 1 set ni korang akan dapat PERCUMA KEAHLIAN, PERCUMA PENGHANTARAN, PERCUMA 1x Life Shake Elderberry, PERCUMA BODY COMPOSITION HEALTH CHECK AT SHAKLEESHOP, PERCUMA SHAKLEE GREEN SHAKER 500ML dan PURPLE LOVE PAPERBAG.

Banyak betul Shaklee bagi PERCUMA dengan harga hanya RM353 sahaja uols untuk kesemua item tu. Ya ampun untungnya untuk korang yang nak turunkan berat badan. Plus korang akan dapat PERCUMA KONSULTASI jugak dari Cie.Cie bantu guide korang cara makan untuk turunkan berat badan.

PROMO SET SHAKLEE

Promo Shaklee Januari 2023

Promo Set Shaklee ni pun best korang akan dapat PERCUMA KEAHLIAN, PENGHANTARAN, PERCUMA SHAKLEE GREEN SHAKER 500ML dan PAPERBAG. Ada 3 set yang Shaklee offer iaitu:

SHAKLEE DAILY HEALTH SET

Untuk set ni ada 3 item iaitu 1x ESP, 1x Omega Guard, 1x Vitamin C. Set ni sesuai untuk korang yang nak turunkan berat badan, untuk kuatkan sistem imun, untuk kesihatan, untuk yang ada masalah darah tinggi atau kencing manis, untuk yang ada masalah kolesterol, untuk ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang dan banyak lagi la. Harga 1 set: RM345.

SHAKLEE PRENATAL SET

Set ini mengandungi 1x Vitalea, 1x ESP, 1x B-Complex. Sesuai untuk kesihatan, untuk ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang, mereka yang ada masalah darah tinggi atau kencing manis, untuk mereka yang ada masalah HB low, masalah tekanan darah rendah dan banyak lagi kelebihan set ni bukan untuk ibu mengandung saja. Harga 1 set: RM273.

SHAKLEE POSTNATAL SET

Set yang diberi nama Postnatal Set ni bukan untuk ibu berpantang je tapi banyak lagi kelebihan set ini yang terdiri daripada 1x Alfalfa, 1x ESP, 1x OsteNutrix. Set ini amat sesuai untuk mereka yang nak jaga kesihatan, untuk masalah tulang patah, untuk masalah sakit sendi, ibu menyusu dan banyak lagi la. Harga 1 set: RM245.

PROMO GET CLEAN HOME CARE

Promo Shaklee Januari 2023

Shaklee bukan ada promo produk nutrition je tau tapi Shaklee ada jugak promo homecare yang sememangnya sangat selamat digunakan seisi keluarga. Untuk promo ni korang akan dapat PERCUMA GET CLEAN MINI TRIO PACK yang mudah dibawa ke mana-mana dalam travel pack yang comel je. Ada 2 promo homecare iaitu:

GET CLEAN KITCHEN SET

Dengan pembelian 2x Basic H Organic Super Cleaning Concentrate dan 1x Dish Wash Liquid Concentrate hanya RM150 sahaja.

GET CLEAN HOME SET

Dengan pembelian 2x Basic H Organic Super Cleaning Concentrate dan 1x Soft Fabric Concentrate hanya RM141.25 sahaja.

PROMO VIVIX SHAKLEE

Promosi shaklee februari 2023


Promo Vivix Shaklee ni memang ramai nantikan. Beli masa promo memang menguntungkan.

Beli 2 botol akan dapat diskaun 5%. RM758.10 untuk 2 botol. Akan dapat juga cashback RM36.10. Percuma penghantaran dan keahlian.

Beli 6 botol pula akan dapat PERCUMA 1 BOTOL, cashback RM250.80. Percuma penghantaran dan keahlian.

Dah la dapat diskaun yang banyak, dapat cashback pulak tu. Memang tersangat untung kalau grab promo Vivix bulan ni.

Info tentang Vivix: VIVIX SHAKLEE


 PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH

No comments:

Post a Comment