Resepi Kek Pisang Coklat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 18 February 2023

Resepi Kek Pisang Coklat

 KEK PISANG COKLAT 

Selalunya kalau nak makan Kek Pisang Coklat atau Kek Pisang biasa mesti beli je memang tak pernah buat pun. Bukan malas tapi kurang rajin. Hihihi. Kalau ikutkan kemahiran tu ada cuma tak digunakan sebaiknya. Lebih mudah beli je kalau nak makan. Tapi ada masanya nak juga buat sendiri ikut selera kita.

Resepi Kek Pisang Coklat


Kebetulan terajin sikit nak membuat dan susah nak cari orang jual Kek Pisang Coklat ni maka gigihkan la diri cuba buat sendiri. Google je beberapa Resepi Kek Pisang Coklat dan cuba olah ikut bahan apa yang ada. Alhamdulillah menjadi walaupun kali pertama buat Kek Pisang ni.

Jangan risau yang takde mixer tu sebab Resepi Kek Pisang Coklat Cie ni tak menggunakan mixer pun cuma pukul guna tangan je. Tu yang mudah nak buat.

BAHAN-BAHAN KEK PISANG COKLAT

6 biji Pisang Berangan (asingkan 1 biji untuk dijadikan sebagai hiasan)
1 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Serbuk Coklat
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu teh Soda Bikarbonat
1/2 cawan Minyak Jagung
3/4 cawan Gula Perang
1 sudu teh Esen Vanilla
2 biji Telur
1/2 cawan Coklat Cip

CARA MEMBUAT KEK PISANG COKLAT

  1. Lenyek 5 biji pisang sehingga hancur. Masukkan minyak jagung, gula perang, telur dan esen vanilla. Kacau rata.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk coklat, baking powder, soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan pisang tadi. Kacau rata hingga sebati.
  3. Masukkan coklat cip dan kacau rata lagi sehingga sebati semuanya.
  4. Masukkan adunan ke dalam aluminium foil tray atau loyang pembakar. Hiaskan dengan sedikit coklat cip dan hirisan pisang.
  5. Bakar dalam oven 160'c selama 35 minit. (adjust ikut kesesuaian oven masing-masing)
Resepi Kek Pisang Coklat
ni la rupa adunan kek sebelum dibakar


Bila oven korang dah berdenting bunyi tu korang buka oven dan uji terlebih dahulu untuk pastikan kek betul-betul masak. Cucuk di tengah dan bahagian tepi menggunakan lidi sate atau garfu. Tips nak tau dah masak ke belum apabila dicucuk tu takde adunan yang melekat pada lidi atau garfu tu bermakna kek sudah masak sepenuhnya.

Kalau takde oven boleh ke buat Kek Pisang Coklat ni? Boleh je korang kukus je dalam pengukus. Nanti adjust la masa tu guna tips yang sama cucuk untuk pastikan dah masak.

Resepi Kek Pisang Coklat
rupa selepas siap dibakar. elok kejadian walaupun kali pertama buat


Bila dah siap masak tu jangan potong terus. Kena sejukkan dulu baru elok kejadiannya. Kalau potong masa panas kek akan terburai sebab kek tu belum set sepenuhnya sebab masih panas. Kena betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.


Resepi Kek Pisang Coklat
tekstur moist sangat kek ni



Senang je kan Resepi Kek Pisang Coklat yang Cie share ni. Bila-bila masa je boleh buat. Anak-anak memang suka makan sebab coklat kan. Kalau ada jamuan sekolah anak boleh try buat. Mesti anak-anak berselera makan Kek Pisang Coklat. Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Nanti boleh laaa cuba resepi kek pisang blend Nina. Sedap moist dan senang je.buat nya.

    ReplyDelete