Syawal 1444H - Raya Pertama - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 5 June 2023

Syawal 1444H - Raya Pertama

 1 Syawal 1444H

Lamanya peram kisah raya Syawal 1444H tahun ni. Hihii. Busy beraya sebulan. Dah nak masuk raya haji baru la berkesempatan. Tadi baru beli simcard baru untuk tab ni dapat la guna tab je nak update blog.

Syawal 1444H - Raya Pertama

Berbalik kepada alkisah raya tahun ni takde raya terkejut macam tahun lepas. Tahun lepas malam pengumuman tu adalah malam raya. Terkejut beruk memasing. Huru-hara persiapan raya semua.

Mujur la tahun ni penampakan anak bulan sama ikut kalendar. Tapi memasing dah belajar dari pengalaman. Ramai dah buat persiapan lebih awal. Cie balik kampung rumah ayah berkumpul adik beradik. Sehari sebelum raya balik kampung kebetulan Perdana Menteri umum cuti raya tambahan.

Sebelum balik kampung sempat la buat persiapan sikit untuk bawa balik. Cie buat sebiji brownies.

Syawal 1444H - Raya Pertama



Hari last puasa busy la buat persediaan bahan-bahan nak masak menu raya. Malam raya goreng ayam je dan simpan dalam fridge. Pagi raya baru la masak menu raya. Lemang je beli. Yang lain masak rewang adik beradik.


Syawal 1444H - Raya Pertama
Kuih raya kami meriah. Ada yang Cie buat, ada yang kakak beli dan Cie beli. Campur-campur tu yang jadi banyak


Syawal 1444H - Raya Pertama
Sudut untuk oot oot dipagi raya


Syawal 1444H - Raya Pertama
Ayam masak merah 


Syawal 1444H - Raya Pertama
Acar timun mentah


Syawal 1444H - Raya Pertama
Nasi tomato


Syawal 1444H - Raya Pertama
Rendang hitam daging


Syawal 1444H - Raya Pertama
Lemang beli dari orang kampung 2 batang. Lepas tu rezeki saudara mara pulak bagi juga


Syawal 1444H - Raya Pertama
Cocktail kakak Cie buat


Syawal 1444H - Raya Pertama
Papadom


Ni jela menu untuk raya pertama. Setiap hari memang meriah dengan menu raya pelbagai jenis. Cuti lama raya kali ni. Memang betul-betul raya.

Lepas makan pagi raya terus gerak ke rumah mak mertua pulak. Dekat je 15 minit dah sampai. Rezeki orang dekat je tak payah pening gaduh nak balik raya. Hihiihi

Syawal 1444H - Raya Pertama
Sempat oot oot dengan anak sulung sebelum bergerak ke rumah mertua


Syawal 1444H - Raya Pertama
Ni la ibu mertuaku. Ada mak je dah. Mak pun kurang sihat juga.


Syawal 1444H - Raya Pertama
Duit raya


Syawal 1444H - Raya Pertama
Dah petang baru sempat oot oot kat kampung


Syawal 1444H - Raya Pertama
Yang kanan tu kakak nombor 2, 2 tengah tu anak-anak Cie, belakang tu anak buah


Syawal 1444H - Raya Pertama
Kiri sekali anak buah, baju hitam kakak nombor 7, anak-anak, kakak nombor 2, anak buah


Syawal 1444H - Raya Pertama
My small family


Syawal 1444H - Raya Pertama
Ni pulak family sebelah husband


Family sebelah Cie ramai sebenarnya. Cie ada 8 orang adik beradik. Cie yang bongsu. Anak buah pun dah besar. Tak semua ada balik. Balik pun berperingkat tak sempat nak berkumpul. Bergambar pun tak dapat nak kumpulkan semua.

Sebelah husband tak ramai ada 4 beradik je. Yang dalam gambar tu family kakak ipar yang sulung dan suami yang bongsu. Tu jela sempat berkumpul pagi raya. 

Tema raya tahun ni ramai betul pakai hitam. Memang trending. Tema kami tahun ni hitam pink. Kebetulan Cie berkenan kat baju kebaya labuh tu. Warna-warna pastel kecuali 1 je hitam pink. Terus husband suruh ambik warna tu, anak-anak ambik warna pink purple sebab dah takde warna pink, husband pulak beli baju melayu hitam. Kami shopping kat Bangi Sentral

Entry seterusnya nanti Syawal kedua pulak. Gambar banyak kat facebook  Ramadhan & Syawal 1444H

No comments:

Post a Comment