Trip To Dabong - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 19 July 2023

Trip To Dabong

 Trip To Dabong From Kuala Lipis

Trip to dabong



Selepas dah penat berjalan kat Tree Top Walk Taman Negara Pahang, husband and the gang plan nak ke Dabong pulak selepas tak jadi nak naik ke Santuary Kelah tu. Last minute plan terus on je. Dulu beria plan nak Trip To Dabong naik train tak menjadi-jadi.

Dari Merapoh ke Dabong tu perjalanan dalam masa 1 jam setengah je. Untuk pertama kalinya kami sampai ke Dabong. Tempat pertama kami singgah tentu la tempat makan. Hihi. Semua kelaparan dah banyak kalori terbakar berjalan kat Tree Top Walk tu.

Kedai KakNah Kg Stong Dabong


Masa kami sampai tu memang ramai orang mujur la ada meja kosong. Makanan pun banyak dah habis. Yang ada Mee Udang jela. Mee Kari Udang dan Nasi Kerabu dah habis.

Trip to dabong
Sementara tunggu makanan sampai kita wefie dulu
  

Trip to dabong
Yang best kat sini teh o ais free flow boleh ambil je banyak mana nak minum


Trip to dabong
Ni la Mee Udang. Macam Mee Sup la rasa nya. Sedap jugak.


Trip to dabong


Lepas dah kenyang isi perut terus bergerak ke destinasi seterusnya. 

Gunung Stong , Dabong


Nak ke Gunung Stong ni jalan kiri dan kanan hutan sikit. Tinggi jugak la jalan nak ke atas tu. Bila sampai tengok view sangat cantik memang sejuk je mata memandang. 

Trip to dabong

Air Terjun tu walaupun jauh tapi boleh dengar bunyi deruan tu. Kalau dekat mesti lagi kuat bunyi. Air mesti sejuk teramat sangat tu. Ambil gambar dari jauh jela.


Trip to dabong


Trip to dabong


Trip to dabong


Trip to dabong


Trip to dabong

Bergambar jela tanda dah sampai. Elok je siap bergambar, hujan pun turun renyai-renyai. Maka bergerak la kami untuk balik pulak. 

2 tempat jela yang sempat kami singgah untuk Trip To Dabong kali ni. Kedai KakNah dan Gunung Stong Dabong. Next time maybe boleh ke destinasi lain pulak.

No comments:

Post a Comment