Iphone 14 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 16 September 2023

Iphone 14

 Pakej Iphone Umobile

Iphone 14

30 Jun 2023 yang lepas Cie pergi ke Umobile Centre di Times Square untuk urusan nombor handphone suami dan sekaligus terus ambil Iphone 14 ni. 

Lama dah survey harga kat website Apple, Switch dan Machine. Nak bandingkan harga. Bila tengok kat Umobile lagi murah tu yang decide ambil kat Umobile je dah alang-alang memang pakai pakej tu. Cie pakai pakej RM98 sebulan tu.

Dulu masa berhijrah dari android ke ios pun ambil pakej Maxis Iphone 8 Plus yang dah berusia hampir 6 tahun pakai. Takde masalah pun cuma baru sekali je tukar bateri dan performance agak menurun la.

Iphone 8 plus
Banyak berjasa Iphone pertama yang Cie pakai


Iphone 8 plus



Berbaloi sebenarnya pakai Iphone ni tahan lama. Kalau pakai android 1-2 tahun je mesti Cie akan tukar handphone. Cie memang heavy user tu yang memang kena pakai Iphone. Pakai Iphone 6 tahun memang berbaloi la.

Iphone 8 Plus ni jatuh dari paras meja office ke bawah, jatuh dari kerusi, jatuh terlentang, terbaring, terlungkup semua pernah dah tapi Alhamdulillah masih dalam keadaan baik. Kesan calar kat screen protector tu ada la segaris 2 je. Tu pun maybe scratch masa letak dalam beg ke apa kan.

Boleh je kalau teruskan pakai. Cuma tu la jenuh asyik nak kena charge je. Dalam sehari tu berkali la charge. Performance battery memang low sikit. Sebab pernah tukar bateri bukan kat Apple tu yang battery health 100% je memanjang.

Tu yang nekad kena tukar juga. Paling latest adalah Iphone 14. Iphone 14 ni best jugak bila tengok spesifikasi tu. Upgrade la dari Iphone 8 Plus yang Cie dah pakai sejak Disember 2017.

Kalau tengok spesifikasi Pro Max dan Max lagi berbaloi ambil tapi memandangkan banyak isu white and green screen tu yang ambil jela Iphone 14 pun dah ok. Mula macam nak ambil Iphone 14 Plus, tapi bila tengok spesifikasi pun tak banyak beza dengan Iphone 14 dari segi spesifikasi. Cuma size dan harga je.

Iphone 14 ni pun harapnya boleh pakai 6-7 tahun lagi la. Sama macam Iphone 8 Plus tu. Masih berfungsi dengan baik. Kualiti gambar dan video pun masih cantik. Cie pun takde plan nak jual. Kalau jual pun berapa ratus je laku. Iphone 8 Plus tu dah tak boleh suppport IOS 17 je.

Ni gambar yang Cie try snap masa mula beli tu. Tak pandai lagi nak gunakan sepenuhnya fungsi yang ada masa tu. Hihi. Saja jela main snap je sambil lalu tu. Testing kata orang putih. Hahaha

Iphone 14


Iphone 14

So far penggunaan beberapa bulan ni ok jela kot. Hahaha. Ada la banyak beza dengan Iphone 8 Plus tu dari segi lain tapi kalau dari segi ketahanan bateri iphone memang tak tahan. Yang Iphone 14 ni pun kalau Cie kerap ambil gambar dan video pun cepat je habis bateri.

Dah terbiasa pakai Iphone memang takde rasa nak bertukar ke android dah.

2 comments: