3 Jenis Simpanan Emas Quantum Metal - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 24 December 2023

3 Jenis Simpanan Emas Quantum Metal

 Simpanan Emas Quantum Metal

3 Jenis Simpanan Emas Quantum Metal
kredit poster: AyaZuki Group

Cie nak share jenis-jenis simpanan yang boleh kita manfaatkan dalam Quantum Metal. Tak sama dengan simpanan emas yang lain tidak menawarkan seperti Quantum Metal ni. Sebab tu Cie memilih Quantum Metal untuk mulakan simpanan emas.

3 Jenis Simpanan Emas Quantum Metal

Gold Storage Account (GSA)

Gold Storage Account atau lebih mudah dipanggil GSA merupakan simpanan emas jangka panjang. Kita boleh mula menyimpan emas mengikut bajet yang kita ada. Serendah RM10 pun boleh je membuat simpanan emas GSA ni. Boleh membuat simpanan dan kumpul emas sikit-sikit. 

Cukup je gram emas dah boleh withdraw emas fizikal. Kalau Cie prefer simpan je banyak-banyak. Nanti beberapa tahun akan datang boleh terus jual je dan dapatkan cash. Masa tu mungkin harga emas dah naik dan kita boleh dapat profit dari kenaikan harga emas masa itu.

Gold Convert Account (GCA)

GCA ni Cie paling suka buat sebab simpanan emas dan duit kita boleh dapat. Setiap kali gaji sebelum berbelanja bayar komitmen Cie akan buat GCA dulu untuk selamatkan belanja hangus. Konsep GCA ni memang untuk selamatkan duit kita dari habis macam tu je. 

GCA ni adalah kita convert emas kepada cash 85%. Kita dapat simpan gram emas lebih besar. Nilai emas yang dah di cash kan akan duduk dalam holding inventory. Duit convert cash akan masuk ke dalam akaun bank kita dalam masa 1-3 hari. Minimum yang kita boleh buat adalah serendah RM120 bergantung kepada harga emas semasa.

Contohnya kita ada duit RM1000 so kita buat GCA dulu sebelum bayar komitmen kita. Dalam tempoh 1-3 hari duit RM850 akan masuk semula ke dalam akaun kita dan kita boleh dapat anggaran 2.77g emas bergantung harga semasa la. Simpanan emas dapat dan duit pun dapat.

Sebelum buat GCA ni duit habis macam tu saja tanpa ada simpanan yang boleh diselamatkan. Cie bagi contoh lagi ye perbezaan antara GCA dan tanpa GCA.

Dengan GCA: kita ada duit RM1000. Kita buat GCA dan kita akan dapat 2.77g emas dan RM850 masuk ke akaun bank kita. RM850 tu kita buat belanja. Dalam akaun QM kita ada 2.77g emas kita simpan selama 12 bulan. Total emas kita ada sebanyak 33.24g. Katakan harga emas semasa dalam RM300 so kita akan dapat RM9,972.

Tanpa GCA: kita ada duit RM1000. Kemudian kita simpan RM150 dalam bank dan baki RM850 kita belanja macam biasa. Total simpanan kita selama 12 bulan adalah sebanyak RM1800 sahaja. Mungkin ada la dividen yang bank berikan. Kalau ASNB pun ada la juga kan tapi still tak sebanyak simpanan emas.

Gold Asset Enhance (GAE)

Konsep GAE adalah gandakan simpanan. GAE sesuai dibuat untuk yang ada duit simpanan lebihan. Ada 2 jenis GAE iaitu GAEx10 dan GAEx5. GAEx10 kita gandakan simpanan 10x ganda, manakala GAEx5 kita gandakan simpanan 5x ganda.

Keyword untuk simpanan GAE jika harga emas naik 1% kita akan untung 10%. Kalau harga emas naik 2% kita akan untung 20%. Kalau tunggu harga emas naik 10% baru kita terminate kita akan untung 100%. Keuntungan daripada kenaikan harga emas dunia. 

Kita beli waktu harga emas turun dan akan terminate waktu harga emas naik. Ada la pengiraan untuk tau bila emas tu kita dah capai profit keuntungan yang kita kehendaki.

Minimum untuk simpanan GAEx10 ni adalah RM1500++ 1 unit bersamaan dengan 250usd, bergantung kepada harga emas semasa kita beli. Dapat 30+g emas. Lebih kurang 37-38g gitu la ikut harga emas. Manakala simpanan GAEx5 1 unit minimum modal adalah 25usd. 

Ada kiraan management fee dan spread. Berbeza kiraan untuk GAEx10 dan GAEx5. Kalau join under Cie akan ajar lebih detail la yang mana paling untung antara GAEx10 atau GAEx5.

Daftar Akaun Emas Percuma

Best kan 3 Jenis Simpanan Emas Quantum Metal ni serendah RM10 pun kita dah boleh membuat simpanan emas. Tak kira sama ada surirumah atau pelajar sekalipun tetap boleh membuat simpanan emas.

Cie pun buka akaun junior untuk anak-anak. Akaun anak-anak hanya boleh buat GSA sahaja. Target Cie buat simpanan emas GSA duit raya, duit orang bagi. Lepas anak umur 18 tahun mereka dah boleh handle akaun sendiri. Kalau bawah umur 18 tahun akaun anak-anak akan dikawal sepenuhnya oleh parent.

Anak-anak Cie sekarang umur 11 tahun dan 9 tahun. Selama 7-9 tahun boleh menyimpan emas. Katakan sebulan boleh simpan 1g emas, simpan selama 84 bulan dah boleh ada 84g emas. Harga emas masa tu mungkin dah jadi RM500/segram. 84g x RM500 = RM42000. Boleh guna untuk anak-anak sambung belajar. 

Kita pulak boleh target simpanan emas 1g sebulan selama 60 bulan so ada 60g emas dikali dengan harga semasa anggaran RM500/segram so dah boleh dapat RM30000. Ni kalau segram saja simpanan kita. 

Mengikut sejarah harga emas memang akan ada kenaikan saban tahun. Tahun 2018 lebih kurang RM100+ saja. Sekarang dah cecah RM300+. Lima tahun akan datang boleh jadi RM500 pulak harganya. Jangan tunggu harga emas jadi murah, mula la menyimpan emas sekarang. Kerana harga emas tidak akan pernah jadi murah seperti 10 tahun yang dulu.

Mulakan simpan sedikit dahulu kemudian tambah lagi. Boleh menyimpan emas di Quantum Metal. Semua simpanan adalah patuh syariah dan selamat disimpan kerana ada perlindungan insurans.

Berminat nak buat simpanan boleh Daftar Akaun Emas Percuma  dah daftar nanti jangan lupa Whatsapp Cie untuk Cie bantu

No comments:

Post a Comment