Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 8 May 2024

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK

Sabtu minggu lepas berlangsung Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK 2023. Ustazah KAFA buat jamuan raya KAFA untuk semua pelajar dan sekaligus mengadakan majlis kesyukuran UPKK 2023. Ibu bapa pelajar UPKK juga dijemput sama.

Meraikan sekolah KAFA mereka mendapat tempat ketiga kecemerlangan peringkat negeri Pahang dan tempat pertama peringkat daerah Lipis. Hebat betul tenaga pengajar KAFA ni. 

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK

Meriah sangat jamuan raya KAFA tahun ni. Siap jemput VIP lagi iaitu Penyelaras Dun Cheka. Datang bagi duit raya kat anak-anak.

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK

Pelajar UPKK 2023 pun diraikan. Ada majlis penyampaian hadiah untuk para pelajar. Seramai 15 orang mendapat 8A, 4 orang 7A 1B dan 1 orang 5A 3B.

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK


Selepas acara penyampaian hadiah baru la majlis jamuan raya bermula. Menu semua meriah pihak sekolah KAFA sediakan menu utama nasi minyak, ayam masak merah, kari daging, jelatah, buah tembikai, air sirap, kambing golek dan ais krim. Ibu bapa pun bawa menu potluck.

Ibu bawak 2 jenis congo bars dan coklat moist cake and topping. Sebelum majlis bermula ibu hantar dulu kek ke sekolah KAFA jalan kaki je dekat. Sempat la tolong ustazah bentang alas meja untuk majlis.

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK
2 jenis kek 


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK
Congo bars


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK
Kek coklat dan topping. Lupa beli sudu. Sudu besar pun boleh la

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK
Ais krim sebelah kambing tu belum sampai. Masa ni kambing pun baru je golek


Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK
Fotografer pun pihak sekolah KAFA sediakan

Babah ada kerja masa majlis so tak dapat hadir. Ibu jela hadir majlis meraikan kakak. Kenyang makan menu macam-macam. Anak-anak la paling seronok jumpa kawan dan makan-makan. Banyak gambar tak up semua je.

Jamuan Raya KAFA Dan Majlis Kesyukuran UPKK
Bergambar sebelum pergi majlis

Raya sebulan Syawal betul kita ni. Hihi. Ada lagi entry jamuan raya belum post. Nanti la esok kita post entry jamuan raya kat rumah staf pulak.

10 comments:

  1. Seronoknya ibu ayah dijemput sekali, dapat sama² raikan kejayaan anak².
    Meriah juadahnya alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kali ni ustazah jemput sekali meraikan anak2. Sekolah pun dapat anugerah. Tu yang buat majlis kesyukuran.

      Delete
  2. Tahniah buat pihak sekolah dan semua pelajar yang berjaya.
    Pasti meriah dengan sambutan raya tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih. Memang meriah.

      Delete
  3. alhamdulillah, rezeki ank...kita ni tumpang je kan...tahniah kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih. Ye rezeki anak2.

      Delete
  4. waahhh terbaek di daerah lipis! bestnya sekolah KAFA siap sediakan fotografer! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sekolah KAFA nak rakamkan moment cantik2 tu yang hire photog 😬

      Delete
  5. Ibu ayah dijemput sekali ye...best la anak- anak..maknan pun banyak dan menyelerakan

    ReplyDelete