Buttercreme Zus Coffee - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 26 December 2023

Buttercreme Zus Coffee

 Zus Coffee Kuala Lipis

Buttercreme Zus Coffee

Cie memang peminat coffee. Memang suka coffee. Tak kisah brand apa pun asalkan coffee. Mana yang sedap kita repeat, kalau tak sedap cukup sekali jela kita minum. Iced Buttercreme Spanish Latte Zus Coffee ni dah 2 kali Cie repeat memang sedap. Lemak berkrim je. Anak-anak Cie pun memang suka sangat.

Kalau korang pergi Zus Coffee try la rasa Iced Buttercreme Spanish Latte dan ambil coffee Boss. Memang ngam sangat rasa dia tu. 

Tadi try juga beli Iced Buttercreme Chocolatta. Yang ni memang rasa coklat tu sedap sangat. Ingatkan beli untuk anak-anak tapi anak-anak tak suka pulak. So ibu la kena habiskan. Anak-anak lebih suka Iced Buttercreme Spanish Latte tu.

Buttercreme Zus Coffee


Kalau yang jenis suka coklat sedap jugak Iced Buttercreme Chocolatta ni rasa coklat dia macam pekat juga. Cie pilih tadi coffee Boss jugak. 

Jimat beli 2 Buttercreme Zus Coffee ni sebab guna voucher buy 1 free 1. Cuma bayar untuk Iced Buttercreme Chocolatta harga RM13.80 dan dapat free Iced Buttercreme Spanish Latte RM12.80. Best guna apps Zus banyak offer.



No comments:

Post a Comment