Miang Pla dan Sos Hijau Thai - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 23 December 2023

Miang Pla dan Sos Hijau Thai

Lunch hari ni anak-anak taknak makan nasi. So ibu plan la menu Miang Pla dan Sos Hijau Thai. Masa beli barang dapur tadi terus la beli bahan-bahan Miang Pla dan Sos Hijau yang belum ada kat rumah. Tapi tak lengkap jugak bahan. Takpela ala-ala pun boleh la.

Miang Pla dan Sos Hijau Thai



Senang je kalau nak masa apa-apa yang kita tak pandai kita google jela resepi. Semuanya dihujung jari. Hihihi. Untuk kali ni Cie ambil resepi kat Rasa.my. Tiru je resepi tu. Tak cukup bahan pun no hal. Pandai-pandai la ubah ikut kreativiti masing-masing.

Dah balik rumah tadi baru tau husband beli ikan talapia dan sotong je. Udang tak beli. Adoi la suami ku ni. Kita ni ingatkan dia beli. Rupanya tak beli. Tu yang ada talapia dan sotong je. Cie makan talapia je, sotong tak makan.

Bahan-bahan untuk perapan ikan dan sotong tu sama je bawang putih tumbuk, halia tumbuk, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan biarkan kejap. Ikan talapia tu goreng dan sotong tu bakar.

Bahan-bahan sos hijau thai pulak cili padi hijau tumbuk, bawang putih tumbuk, sos ikan, sos plum, gula nisan thai, perahan air limau nipis dan perahan air limau kasturi. Ketumbar je takde. Tambahan nisan thai tu. Resepi asal takde nisan tu.

Bahan lain untuk Miang Pla kita ada suhun, salad dan timun. Suhun tu celur sikit bagi lembut. Sos thai pun ada jugak Cie tak snap gambar. Sos thai beli kat Shopee je. Sos hijau thai ni pun ada jugak jual saja try buat sendiri. Menjadi jugak walaupun takdela sesedap sos hijau thai tu.

Miang Pla dan Sos Hijau Thai


Miang Pla dan Sos Hijau Thai


Miang Pla dan Sos Hijau Thai


Selain dari ikan talapia, boleh juga guna ikan siakap. Boleh juga tambah udang dan kerang. Next time boleh repeat lagi buat Miang Pla dan Sos Hijau Thai. Kalau rajin la, kalau malas kita makan kat kedai jela. Hahahaha

cendol cincau


fruit cocktail

Menu lunch hari ni siap ada dessert ye. Hahahah. Terajin pulak. Lama dah duk beli cendol tu simpan je dalam fridge. Cincau tu baru beli minggu lepas. Campur jela cendol dan cincau letak susu cair. Nak makan baru letak ais. Air gula pun memang ada dalam fridge lebihan buat apa entah hari tu. Nasib baik elok je.

Fruit cocktail tu ambil kat kampung. Kakak yang duk Perak tu beli. Kakak yang kat kampung tu tak makan sangat tu yang Cie bawak balik rumah. Habiskan terus jela just tambah susu cair je. Cuma tak best sangat banyak nenas. Cie dan anak-anak tak makan nenas.

Begitulah alkisah menu lunch hari ni Miang Pla dan Sos Hijau Thai bersama dengan dessert. Hihihi.

2 comments:

  1. Dessert siap ada dua tu. 😀
    Sedapnya miang pla. Lama tak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terajin gitu la. hihih. nak habiskan bahan je. bagi jiran sikit.

      Delete