Perpustakaan Awam Daerah Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 23 December 2023

Perpustakaan Awam Daerah Lipis

 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Perpustakaan Awam Daerah Lipis

Hari ni merupakan kali pertama kami jejak kaki ke Perpustakaan Awam Daerah Lipis ni. Sebenarnya lama dah anak-anak ajak ibu ke Perpustakaan Awam Daerah Lipis ni tapi tak berkesempatan. 

Kebetulan tadi balik dari beli barang dapur saja la suruh husband singgah sekejap kat Perpustakaan Awam Daerah Lipis ni nak tengok-tengok dulu apa yang ada kat dalam tu. Nanti ada masa terluang boleh la kita luangkan membaca.

Banyak buku ada bermacam jenis. Dari buku kanak-kanak hingga la orang dewasa. Kemudahan yang disediakan juga agak selesa. Permainan pun ada juga disediakan kat dalam Perpustakaan Awam Daerah Lipis ni.

Boleh la ajak anak-anak ke Perpustakaan Awam Daerah untuk memupuk minat anak-anak membaca. Budak zaman sekarang asyik main handphone je. Jauh beza dengan kita zaman dulu. Teringat masa sekolah rendah ada bas perpustakaan awam bergerak datang ke sekolah. Cie antara yang selalu pinjam buku dari bas bergerak tu.

Masa kat Perpustakaan Awam Daerah Lipis tadi ternampak bunting tentang keahlian u-pustaka. Cie pun scan la QR code untuk daftar keahlian. Sekali katanya nama Cie dah berdaftar. Pelik jugak rasanya tak pernah pun daftar. Reset password jela sebab dah ada rekod. Lupa ingatan pulak bila masa entah Cie daftar.

Perpustakaan Awam Daerah Lipis

Nanti ada masa nak explore apa yang best dengan u-pustaka tu. Baca kat bunting tadi banyak jugak kelebihan.

Bagus banyak membaca ni. Tambah ilmu pengetahuan. Walaupun sekarang ni semua kat hujung jari je. Nak baca apa-apa boleh google je. Tu yang orang dah lupa dengan kaedah lama baca buku bercetak.

Kemudahan di Perpustakaan Awam Daerah Lipis

Perpustakaan Awam Daerah Lipis
ruang membaca kanak-kanak


Perpustakaan Awam Daerah Lipis
ruang membaca orang dewasa


Perpustakaan Awam Daerah Lipis
sudut buku kanak-kanak


Perpustakaan Awam Daerah Lipis
sudut buku dewasa


Perpustakaan Awam Daerah Lipis
sudut IT


Perpustakaan Awam Daerah Lipis
sudut permainan

Memang selesa sangat kat dalam Perpustakaan Awam Daerah Lipis ni. Lengkap dengan penghawa dingin. Selesa nak membaca tempat sejuk. Hihihi. Ruang membaca terletak di tingkat atas. Ada ruang bacaan kanak-kanak dan dewasa. Kerusi dan meja yang disediakan juga memang selesa.

Di tingkat bawah perpustakaan pula ada sudut permainan, ada meja dan kerusi yang selesa untuk bermain permainan. Ada juga disediakan komputer yang boleh digunakan untuk mencari maklumat dalam internet. Kalau nak buat assignment takde laptop kat rumah boleh la berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Lipis.

Perpustakaan Awam Daerah Lipis


Perpustakaan Awam Daerah Lipis


Perpustakaan Awam Daerah Lipis



Perpustakaan Awam Daerah Lipis

Ada masa nanti kita datang lagi untuk baca buku. Tadi kita survey tempat je. Hihihi. 

Waktu Operasi Perpustakaan Awam Daerah Lipis

Sabtu: 9am - 5pm
Ahad: Tutup
Isnin - Khamis: 8.30am - 5pm
Jumaat: 8.30a - 12pm , 2.30pm - 5pm
Hari Kelepasan Am: Tutup

No comments:

Post a Comment