Ayam Goreng Kicap - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 10 January 2024

Ayam Goreng Kicap

ayam goreng kicap


Ayam goreng kicap ni memang kegemaran anak-anak. Kalau masak ayam goreng kicap ni memang bertambah la anak-anak makan. Nak masak ni pun tersangat la mudah. Tak banyak bahan pun

RESEPI AYAM GORENG KICAP

Bahan-Bahan Ayam Goreng Kicap

7 ketul ayam
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak masak
1 biji bawang putih hiris
1/2 biji bawang besar hiris
1 inci halia hiris
1 sudu kecil bawang putih blend
1 sudu kecil bawang besar blend
3 biji cili padi potong kecil 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 senduk kicap manis

Cara Membuat Ayam Goreng Kicap

  1. Gaulkan ayam, garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, gorengkan ayam hingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan 2 sudu besar minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar blend hingga kekuningan. Masukkan pula bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Bila dah mendidih, masukkan kicap dan semua sos. Biarkan mendidih. Masukkan ayam dan kacau rata. 
  5. Akhir sekali masukkan cili padi. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan ni ikut suka hati kita je nak masukkan apa. Ada orang letak serai. Ada jugak letak rempah 4 sekawan. Ada banyak resepi ayam goreng kicap ni. Walaupun bahan berbeza pun tetap dipanggil ayam goreng kicap.


Macam Cie suka goreng dulu ayam tu baru sedap garing je bila makan. Lagi-lagi kalau masak bahagian tulang je. Ratah pun sedap tak sedar berketul-ketul habis. Ibu paling sukar bahagian kepak. Anak-anak pun suka kepak. Ibunya terpaksa mengalah la bagi anak-anak kepak. Dulu dengan adik beradik selalu bergaduh berebut kepak. Hahaha.


Dinner malam ni Cie masak jugak telur masin rebus, kerepek kentang dan kobis panjang goreng. Masak sayur tu Cie dan husband je makan. Cie pulak kena ada sayur dalam menu. Kalau takde sayur macam tak lengkap je hidangan. Ulam pun takpe dah asalkan sayur.

menu makan malam


6 comments:

  1. anak anak saya pun suka ayam masak kicap. Oklah kan.. senang disediakan.. sedap juga

    ReplyDelete
  2. Suka jugak..buat ismple biasanya lauk untuk bekal pi kerja

    ReplyDelete