Ikan Tilapia Bakar - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 7 January 2024

Ikan Tilapia Bakar

 Tilapia Bakar dan Kicap

Hujung minggu habiskan masa cuti berehat kat rumah je. Nak keluar malas. Lagipun kakak Raisha ada kelas tambahan KAFA 9.00 pagi tadi sampai la 4.00 petang kang. Lagipun hari ni hujan on off je memang tak ke mana la. Duduk dalam rumah mengadap tab dan handphone jela.


Ikan Tilapia Bakar

Semalam beli Ikan Tilapia dan Ikan Keli baru hari ni rajin nak masak ikan tilapia bakar. Paling mudah nak buat kan. Kalau ikutkan malas betul la nak masuk dapur hari cuti ni. Esok lusa baru masak ikan keli pulak. Teringin nak makan ikan bakar. Selalunya tilapia ni goreng sos, goreng biasa, goreng berlada, masak lemak je.


Hari tu ada makan ikan tilapia bakar ni kat kedai boleh tahan keras harganya. Mereka charge harga by gram. Harga sekilo ikan tilapia yang mentah pun boleh tahan harganya sekarang. Nak jimat masak sendiri jela bukan susah pun.


Resepi Ikan Tilapia Bakar

Bahan-Bahan Ikan Tilapia Bakar

1 ekor ikan tilapia - kelarkan sikit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara Membakar Ikan Tilapia

ikan tilapia bakar
lumurkan garam dan serbuk kunyit hingga rata depan dan belakang


ikan tilapia bakar
letak atas kuali pemanggang untuk dibakar


Kalau ada daun kunyit atau daun pisang boleh juga balutkan ikan tilapia tu. Bagi wangi sikit. Cie malas so bakar kosong gitu jela. Kalau takde kuali pemanggang ni boleh guna oven atau air fryer. Cie tak suka guna oven nanti ikan akan jadi kering dan keras sikit. Guna kuali pemanggang Dessini ni best bakar ikan tilapia sebab tak melekat langsung.

Buka api dapur gas tu perlahan je. Tutupkan kuali tu dan gilir-gilir pusingkan kuali pemanggang supaya ikan tu masak rata. Hasilnya ikan tu masak sekata dan isi lembut je.

Bahan-Bahan Pencicah Ikan Tilapia Bakar

1/4 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji cili padi dipotong kecil
1 biji limau kasturi diperah
5 sudu besar kicap manis

Cara Membuat Pencicah Ikan Tilapia Bakar

Campurkan semua bahan dan kacau rata. Sedia untuk dimakan bersama ikan tilapia bakar.


ikan tilapia bakar
simple je bahan kicap ni

Menu Makan Tengahari

Menu hari ni ala kampung je. Ada ikan tilapia bakar, telur dadar dan masak lemak pucuk paku. Semalam beli pucuk paku kat pasar seikat rm2.

pucuk paku
Potong pucuk paku Cie guna gunting je senang



masak lemak pucuk paku
masak lemak pucuk paku



menu makan tengahari
tambahan menu telur dadar



menu makan tengahari
menu makan tengahari hari ni


menu makan tengahari
bekal tapi makan kat rumah. hahaha

Alkisahnya semalam ustazah whatsapp bagitau tengahari pelajar boleh balik rumah rehat kalau nak balik. Kalau taknak balik parents kena hantar bekal. Ibu cakap takpela kakak balik je rumah dekat sangat jalan kaki seberang jalan je dengan sekolah kafa dia.

Alih-alih tengahari tadi ustazah kata suruh parents hantar bekal. Pelajar tak payah balik. Ibu pun kelam kabut siapkan bekal. 12.45 tadi tiba-tiba kakak ada balik. Ustazah suruh kakak balik. Ada yang parents dah hantar bekal so tak payah balik dah. Sudahnya makan jela bekal kat rumah. 1.45pm kelas sesi petang bermula. Siap makan dan solat Zohor kakak pergi semula kelas tambahan.

19 comments:

  1. Cantik kejadian ikan tilapia panggangnya tu.
    Sungguh menyelerakan dengan lauk telur dadar dan masak lemak pucuk paku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kuali pemanggang tu non stick. tu yang elok tak melekat.

      Delete
  2. combination yang sgt sedap. kalau saya talapia tu suka deep fry saja pastu mkn dgn kicap pedas mahsuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ada masa goreng je dan tetap makan dengan kicap cili bawang.

      Delete
  3. sedappnya menu
    teringat masa arwah ayah ternak ikan talapia kat kolam, bila blk ramai2 anak cucu me.nantu pakat tangkap bakar dan goreng. laju semua mkn ramai2 . tp akak je x mkn ikan ni he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sama la masa ada ayah ada kolam ikan. bakar dengan arang lagi sedap. hihih. eh rugi la tak makan. sedap ikan ni. ramai juga tak makan ikan air tawar.

      Delete
  4. kombinasi menu yg buat bocor periuk nasi ni...mkn confirm bertambah...

    ReplyDelete
  5. kombinasi menu yg buat bocor periuk nasi ni...mkn confirm bertambah...

    ReplyDelete
  6. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap2 semuanya

    ReplyDelete
  7. Ni lauk menambah berat badan ni. Semalam baru makan masak lemak pucuk paku kat rumah mak. Lapar pula tengok time ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. kena beringat tak boleh menambah nasi.

      Delete
  8. lauk simple tapi boleh menambah ni mkn nasi panas2

    ReplyDelete
  9. comel pulak CCL tengok ikan talapia tue .sambal kicap tu pun nampak sedap .

    ReplyDelete
  10. Makan pulak dengan pucuk paku masak lemak mmg ummphh :D

    ReplyDelete