Jalan-Jalan Pasar Setesen - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 14 January 2024

Jalan-Jalan Pasar Setesen

 Pasar Setesen Kuala Lipis

Jalan-Jalan Pasar Setesen

Malam minggu memang takde tempat nak jalan-jalan kat Kuala Lipis ni. Tepu la juga duduk rumah. Sejak Pasar Setesen Kuala Lipis buka Julai 2023 ada la beberapa kali kami jalan-jalan Pasar Setesen sekadar cuci mata.


Adik Rania la asyik ajak jalan-jalan Pasar Setesen. Kalau ikutkan ibu malas sebab takde apa pun. Tak meriah sangat macam pasar karat Ipoh tu. Mungkin sebab daerah kecik tak ramai orang. So malam tadi kami anak beranak jalan-jalan di Pasar Setesen Kuala Lipis.


jalan-jalan Pasar Setesen
Wefie sementara tunggu babah balik dari surau


jalan-jalan Pasar Setesen
Ibu selfie dulu sebelum jalan-jalan


Pasar Setesen dibuka dari 2.00 petang hingga 11.00 malam. Cie belum pernah pergi sebelah petang. Selalunya kami pergi malam sejuk sikit. Ada juga live band sebelah malam.


Barang jualan tak banyak pun. Penjual pun Cie tengok silih berganti je. Malam tadi pun tengok kurang dari 10 penjual. Pengunjung pun datang just tengok-tengok dan beredar. 


Kami sempat la kejap layan live band. Tengok-tengok barang. Lepas tu balik. Takde beli pun memang nak jalan-jalan Pasar Setesen je lepas tu balik. Layankan anak-anak hujung minggu.


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


jalan-jalan Pasar Setesen


Peniaga tak ramai, pengunjung pun kurang. Sebelah petang taktau la ramai orang ke tak sebab tak pernah pergi petang. Kurang la meriah kalau berterusan begini mungkin tak lama la pasar ni wujud.


Penganjur kena buat jugak aktiviti untuk menarik pengunjung. Ataupun promosi kena mantap sikit. Baru hidup sikit Pasar Setesen Kuala Lipis. Lokasi dah menarik.



10 comments:

  1. marketing kena wow..tarik perhatian...bt xtvt kt ank2

    ReplyDelete
  2. Kena buat promosi besar ni supaya dapat menarik pengunjung.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ,kat KL ni pun kalau pasar malam banyak tempat pengunjung dah sendu tak macam dulu .Balik Kedah baru ni pun tetiba tengok Pasar Tani macam hidup segan mati tak mahu .Adakahpetanda ekonomi semakin teruk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye boleh jadi. Orang beli yang betul2 perlu je.

      Delete
  4. Tapi walaupun macam takde apa nak beli, jalan2 waktu malam dengan family sambil hirup angin sejuk pun dah cukup seronok rasanya kan

    ReplyDelete
  5. itulah, nampak sendu. semoga tak hilang begitu saja

    ReplyDelete