Macaroni Cream Cheese - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 9 January 2024

Macaroni Cream Cheese

 Bekal Sekolah Anak

macaroni cream cheese

Cie sediakan bekal anak ni sejak kakak Raisha masuk sekolah darjah 1 2019 hingga la sekarang dah tahun 2024. Memang dah plan nak sediakan bekal anak-anak sekolah sebab nak mudahkan anak-anak waktu rehat. Jimat masa membeli kalau bawak bekal. Tambahan pula kalau masak sendiri lebih terjamin kebersihan dan lebih menjimatkan.



Adik Rania pula darjah 1 tahun 2011. 2 bekal la setiap hari kecuali Jumaat je tak masak bekal tapi beli roti je untuk anak-anak bawak bekal. Menu bekal pun takdela beria sangat. Menu yang simple je. Senang nak prepare pagi-pagi. Cie pernah la share dulu MENU BEKAL SEKOLAH tapi tak berpanjangan sebab on off berblog. Hihihi.


Isnin baru ni Cie masak macaroni cream cheese untuk bekal anak-anak. Selalu gitu la tukar-tukar menu setiap hari. Senang je resepi macaroni cream cheese ni. Sempat je start masak 6.30 pagi tu sebelum gerak ke sekolah 7.00 pagi.


Resepi Macaroni Cream Cheese

Bahan-bahan Macaroni Cream Cheese

2 cawan macaroni - rebus hingga masak
5 biji cendawan butang - hiris nipis
2 sudu marjerin
4 sudu ayam kisar Ramly
1 kotak kecil susu full cream
2 keping keju chesdale
bahan perasa
tepung jagung 2 sudu kecil + 2 sudu kecil air = bancuhkan

Cara Membuat Macaroni Cream Cheese

  1. Panaskan kuali dan cairkan marjerin. 
  2. Masukkan ayam kisar dan kacau hingga masak. Masukkan cendawan butang. Kaca hingga cendawan sedikit layu.
  3. Masukkan susu dan keju chesdale. Kacau seketika dan masukkan bahan perasa.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan macaroni. Kacau hingga sebati.

Siap dah simple je. Cendawan butang tu anak-anak tak makan pun. Ibu yang makan. Selalu kalau masak bekal anak-anak share dengan kawan-kawan. Tukar-tukar makan bekal. 


Kalau buat untuk makan boleh letak bunga kobis. Anak tak makan sayur tu yang tak letak. Ayam boleh tukar udang atau sotong. Macaroni tu Cie rebus malam supaya pagi tu cepat sikit siap masak. Cendawan pun hiris siap-siap malam. Pagi tu tinggal leburkan semua je. Takde pra penyediaan dah pagi-pagi terus masak je.

8 comments:

  1. Wah..menarik selera anak anak ni..sesuai sangat buat bekal ni

    ReplyDelete
  2. Untungnya anak dapat bawa bekal air tangan ibu. Sedap pula tu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah anak-anak hari bawa bekal pergi sekolah.. Bukan bishe bishe bekal yang si mak nya bekalkan .. terbaiikkk :D

    ReplyDelete
  4. Sedap! nampak je resipi ni terus klik baca. Dah lama tak masakkan makanan satu ni

    ReplyDelete