Syawal 1445H
Sejak ayah dan abah mertua meninggal kami dah takde penggiliran beraya. Lagipun kampung kami dekat je. Sekarang pun mak mertua tinggal di rumahnya dengan kakak ipar sulung. Jadinya kami tak balik tidur situ la. Setiap kali pagi raya baru beraya ke situ. Tidur kat kampung Cie dan pagi raya baru ke rumah mertua.
Oleh kerana hari last puasa Cie masih bekerja jadinya petang baru gerak balik kampung. Suami pun kerja juga. Kemas sesiap barang nak bawak balik, lepas settle solat Asar apa semua terus load barang dalam kereta. Memang banyak gila barang macam nak pindah. hahaah
Ni pun penuh sampai seat belakang tu anak-anak dapat duduk space sikit je. Banyak betul angkut barang sebab rumah dekat bawak la macam-macam. Kalau jauh rasanya takdela angkut macam-macam. Siap bawak periuk noxxa senang nak rebus nasi impit dan rebus daging. Tu jela function periuk noxxa daku. Hahaha.
sampai kat kaki sumbat barang |
singgah Zus dulu beli kopi buy 3 free 1 |
gerak 6.43pm jalan ok je cuma banyak kereta jela hujan pulak tu |
eh 7.08pm dah sampai dengan selamatnya |
Punya la dekat kampung kan. Hihihi. Cuma jalan nak ke kampung Cie ni laluan ke Kelantan. Jumaat sebelum raya tu dah jem. Ramai dah mula balik awal. Sabtu dan Ahad pun banyak kereta. Tu yang Isnin Selasa dah tak banyak kereta. Petang Selasa tu pun dah berkurang kereta menghala ke Kelantan.
Kakaaaak beruntungnya kampung dekaaat 😄😄😄😂. Tak sampai 1 jam dah sampai hahahahha.
ReplyDeleteBaju pun langsung sangkut tak payah koper ☺️ðŸ¤
Saya tak dekat kampung. Papa mama di Medan, saya di JKT. Tiket pesawat kalo peak season ambooooy dia macam dah naik gunung tingginya 🤣.
Kalo cuma saya sendiri tak apa, ini kali 4 😄. Akhirnya tak mudik. Nanti saja, toh kami bakal ketemuan semuanya june, di KL hahahah.
Tuhlaah kan... Tiket ke KL lebih murah drpd tiket ke Medan 🤣. Makanya kami ketemuan di sana biar sama2 murah.
Rezeki kampung dekat je. Alhamdulillah tak perlu hadap jem ☺️
Deleteseronoknya balik kampung...kak SA raya kat rumah Seremban je..pagi raya lepas ziarah kubur Mak Pah, kami gerak ke kampung PZ dulu..raya ke 2 baru beraya kat kg Mak Pah...nasib kampung dekat2
ReplyDeleteDekat je pun kak 30minit sampai 😬
Deletesedapnya zus hihi tu yg mama nmpak dulu. senang kan bila baju semua dah iron sesiap
ReplyDeleteTA sesiap sebelum sampai kampung. Kampung takde zus 😆. Aah iron terus je senang. Kat kampung pakai iron biasa susah. Rumah pakai iron philips tu.
DeleteSiap iron baju lagi tu .. gantung dlaam kereta . Sampai kampung nanti tak perlu berebut giliran nak iron baju
ReplyDeleteKat kampung pakai iron biasa tu yang iron kat rumah jela senang. Rumah pakai iron philips tu.
Delete