Makan Kenduri Kahwin - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 26 May 2024

Makan Kenduri Kahwin

Lunch hari ni kami makan kenduri kahwin kat Kampung Gua. Family pengantin ni bukan saudara pun cuma kenal dah lama. Atok dan nenek pengantin ni dulu-dulu berjiran sebelah rumah mertua Cie. Mak saudara pengantin pulak kawan baik kakak Cie masa sekolah dulu. Kiranya kedua belah Cie dan suami memang kenal rapat. Meraikan family pengantin jemput tadi.

Makan Kenduri Kahwin

Memang ramai betul jemputannya. Ibu pengantin ni mengajar kat sekolah kampung Cie. Sampai beratur la tadi kami nak ambil makanan. Menu semua sedap. Ada nasi minyak, nasi putih, gulai daging, ayam masak merah, ayam berempah tapi dah habis tadi Cie tak sempat ambil, acar timun, ulam timun, salad, buah epal dan sunkis asam boi, rojak buah, aneka dessert, aiskrim Malaysia, aiskrim kon, air dalam 4 hingga 5 jenis tadi.

Alhamdulillah kekenyangan walaupun tadi kena makan cepat-cepat takde tempat duduk. Lepas makan terus kena bangun sebab orang lain pulak nak duduk.

Siap makan tadi bergambar kejap dengan kawan kakak. Borak-borak kejap terus balik. Kami balik tadi pun masih ramai orang beratur.

Makan Kenduri Kahwin


Makan Kenduri Kahwin


Makan Kenduri Kahwin
Gift untuk tetamu dewasa


Makan Kenduri Kahwin
Gift untuk kanak-kanak


6 comments:

  1. Hujung² minggu ni nampaknya semua pakat² gantung kuali, hihi.

    ReplyDelete
  2. Dah banyak kenduri kahwin dah sekarang ni kan...kak SA pun akan temankan Pak Zain memenuhi jemputan je..ganti tempat mak..

    ReplyDelete
  3. apsal nampak sedap sgt makanan kat pinggan tu cie

    ReplyDelete