Pagi tadi kakak Raisha kena jawab soalan kuiz online ‘Saya Duta Sihat 2024’. Memandangkan kena jawab online dan kat rumah takde wifi nanti susah nak connect hotspot kat laptop sebab masa nak jawab soalan tu agak lama juga so ibu decide nak berkampung kat Perpustakaan Awam Kuala Lipis je. Kat situ ada wifi.
Kat Perpustakaan Awam tu ada kemudahan wifi dan komputer juga. Boleh je guna komputer kat situ tapi Cie bawak laptop sendiri senang nak guna. Komputer tu terletak kat tingkat bawah. Bawa laptop boleh duduk kat tingkat atas ada ruangan bacaan buku pelbagai jenis. Cie pun ambil la 1 buku untuk dibaca sepanjang kakak Raisha nak jawab kuiz tu.
Ibu baru nak belajar jadi isteri solehah dah kena tolong kakak jawab kuiz pulak. Hahaha |
Menarik bab-bab buku ni |
Tak sempat nak membaca pun sebabnya kena bantu kakak Raisha jawab soalan Saya Duta Sihat 2024 tu sebabnya susah betul soalan memang macam bukan untuk budak 12 tahun jawab. Ibu baca soalan pun terkejut tengok. Memang guna bantuan google la. Dah la 100 soalan pulak tu. Berasap kepala nak siapkan.
Masa jawab bermula 10 pagi. Kakak Raisha siap tadi 11.37 pagi. Jawapan betul ke salah taktau la tu. Asalkan siap dan sertai dah la. Kesian budak-budak nak berfikir jawab soalan yang orang dewasa pun pening. Taktau la apa tujuan kuiz ni.
Soalan pasal vape la, pasal lapisan ozon la |
Pasal pemakanan, alkohol semua ni memang kena google jela |
Semua soalan ni kalau bagi orang dewasa jawab tanpa menggunakan google memang boleh jadi takde yang betul. Hahaha. Susah betul soalannya. Memang pening Cie nak tolong kakak tadi. Sampaikan tak jadi la nak membaca buku tadi. Mujur google banyak membantu.
Kakak ni tak bagi ibu snap gambar dia sebab tu muka kelat je |
Selesai dah menjawab semua soalan. Hampir 2 jam juga la kat Perpustakaan Awam Kuala Lipis tadi. Best selesa duduk kat situ ada aircond, meja kerusi yang selesa.
Jenuh menjawab sampai menggugel..
ReplyDeleteSusah benau soalan
Deletedasat juga soalan2 tu .. goodluck kakak
ReplyDeletePening kepala nak menjawab.
Delete