Mi Segera Gardenia Perisa Ayam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 3 June 2024

Mi Segera Gardenia Perisa Ayam

Lunch tadi je rajin masak nasi marjerin dan pengiringnya, dinner dah malas nak masak. Husband beli burger je. Cie taknak makan burger. Teringin pulak nak makan mi segera Gardenia.

Mi Segera Gardenia Perisa Ayam

Hari tu dah try mi segera Gardenia perisa kari memang sangat sedap setanding je rasa brand yang dah lama bertapak tu. 

So kali ni nak try mi segera Gardenia perisa ayam pulak. Cie tumis juga dengan bawang besar holland dan bawang putih lepas tu baru letak perencah, air dan mi segera.

Taktau pulak dalam peket tu rupanya ada minyak sayur. Masa curah mi tu ke dalam kuali termasuk la sekali plastik minyak sayur tu. Cepat-cepat Cie keluarkan plastik minyak sayur tu. Mujur perasan kalau tak taktau apa jadi dalam air tu kot cair plastik tu. Hahaha.

So next time nanti boleh tumiskan guna minyak sayur tu jela. Tadi Cie dah letak minyak masak.

Mi segera Gardenia perisa ayam ni pun sedap rupanya. Cie tambah sekali cili potong masa nak makan tu. Memang sama je rasa dengan brand lagi 1 yang dah lama bertapak tu.

mi segera gardenia perisa ayam

Time malas masak boleh la makan mi segera ni. Tapi tak boleh makan selalu jugak.

8 comments:

  1. betul sekali dah cuba brand gardenia ni, mmg terpaku sbb rasa dia setanding dgn yg brand lain tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul sama je yang penting produk Malaysia.

      Delete
  2. Alhamdulillah... Heheee memang kena standby jew kt rumah...

    ReplyDelete
  3. PH pun masak mi segera Gardenia juga malam tadi, perisa kari.
    Siangnya dah makan besar dgn Abang dan Angah jadi malam light² je kononnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita lunch makan special. Dinner yang simple je. Malas dah nak masak beria.

      Delete
  4. Baru tau Numee ada mi segera. Ingatkan mi kuning je ada. Lepas ni nak try lah. Lepas tak beli jenama yang lama bertapak tu kami beli jenama Chef je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi segera dia macam baru juga lagi. Macam2 brand dah cuba selepas brand lama tu. sekarang makan numee ni je lagi sedap.

      Delete