Lama tak share Menu Bekal Sekolah Anak walaupun hari-hari masak dan sediakan bekal sekolah anak. Kecuali hari Jumaat atau hari yang anak ada event disediakan makanan baru la Cie tak masak bekal anak. Bekal pun takdela meriah sangat. Anak-anak Cie suka yang simple je.
Hari ni Cie buat bekal guna tepung cucur Adabi je. Memang selalu standby stok kat rumah. Sebelum ni selalu beli peket yang besar. Hari tu masa pergi Kedai Eco jumpa pek mini ni terus la beli. Ngam jela bancuh untuk bekal 2 beradik tu.
Kalau pek besar tu selalunya akan ada lebih sebab banyak. Yang ni tadi dapat la dalam 17 biji kecil-kecil untuk 1 bekal. Cukup la anak-anak selalunya share makan bekal dengan kawan.
Cie letak juga sos cili sachet tu gunting siap-siap nanti senang anak picit je masa nak makan. Simple je bekal anak-anak. Asalkan anak senang tak perlu beratur kat kantin buang masa. Dah la masa rehat tak lama. Kalau ada bekal senang anak boleh terus makan je.
Dari kakak Raisha darjah 1 sampai la dia dah darjah 6 ibu masih sediakan bekal. Adik Rania pun sama dari darjah 1 sampai darjah 4. Walaupun setiap anak ada je drama bekal sepanjang bawak bekal ni menghiburkan betul. Hahaha
Kakak Raisha tahun depan dah masuk sekolah menengah. Taktau la dia masih nak bawak bekal atau taknak dah. Maklumla dah masuk remaja mesti malu dah nak bawak bekal. Dah besar takpe pandai la berdikari nanti.
wahh..sedap cucur Adabi, sy biasa buat yg cucur bilis.Feveret anak-anak juga sebab rangup tapi dalamnya lembut je..
ReplyDeleteyg packaging biru biasa juga makmertua beli...kita tlg mkn :)
ReplyDeleteDulu pernah beli juga mudah dan cepat
ReplyDeleteDah lama x beli...mmg sedap cucur adabi..
ReplyDelete