Hari ni hari sukan sekolah adik Rania. Seawal 7.30am dah kena ada kat sekolah. Kalut la si adik ni takut lambat masa tu 7.10am ibu baru nak sidai kain. Biasa la bila babah outstation jadi banyak la kerja ibu semua ibu kena buat. Siap basuh malam tadi dah malas nak keluar rumah malam-malam tu yang sidai pagi.
Bebel la kat ibu cakap lambat la apa la. Ibu cakap takdela start sukan 7.30am tu mesti akan lambat punya. Memang dah tau sangat dah event sekolah. Sempat la ibu singgah beli sarapan.
Sampai je kat sekolah tak ramai pun lagi orang. Yang datang lambat pun ramai. Memang tepat sekali tak start pun lagi acara. Cikgu-cikgu tengah sibuk siapkan anak murid yang masuk perbarisan. Tak semua pun masuk perbarisan. Melangut la kita ni pun duk menunggu. Nak keluar kang takut susah dah nak dapat parking.
9am baru la acara perbarisan bermula. Ibu tengok sikit je perbarisan tu sempat 2 rumah je buat persembahan masa lepas makan tadi. Cie makan kat kantin dengan kakak Raisha. Beli makanan kat gerai tepi jalan. Cie beli nasi dagang, nasi lemak ayam, kuih muih.
Matahari dah terpacak. Siap makan kat kantin tadi Ibu dan kakak cari port yang ada kipas duduk la kat dewan terbuka sekolah tu ada kipas. Punya la bosan taktau nak buat apa dah. Budak-budak yang tak masuk acara semua buat acara sendiri main kejar-kejar, main berlawan, macam-macam la aktiviti.
Yang si adik Rania ni takde masuk acara apa-apa pun. Acara dia sendiri buat membeli belah je. Hahah. Kejap-kejap beli air, kejap-kejap beli gula-gula. Kerja dia mintak duit je kat ibu. Padahal tadi dah berjenis-jenis kuih ibu beli.
Dah pukul 1pm baru la acara penyampaian hadiah pulak. Punya la lama baru nak habis. Masa penyampaian hadiah adik kena duduk dalam rumah sukan. Rumah sukan dia hijau. Adik Rania cakap dia ada masuk acara bawak bola hoki dapat tempat kedua. Kita ni pun tunggu la kot ada cikgu bagi hadiah tadi. Rupanya takde. Dah sampai ke hadiah perbarisan dan persembahan terbaik pun takde umum.
Ibu suruh kakak panggil adik. Balik jela tak kuasa dah ibu menunggu dah penghujung dah pun tu. 2 lebih masa tu tak siap lagi. Balik jela ibu nak ke bank, singgah Zus dah Family Mart dulu sebelum balik.
Balik rumah melepek kepenatan tidur sampai petang baru bangun. Bukan penat bersukan tapi penat menunggu. Pada pandangan Cie tak teratur pengurusan sukan sekolah adik ni. Dah la mula lambat, lepas tu banyak lagi acara dipertandingkan juga pagi tadi.
Pukul 11am pun ada acara lumba lari lagi tadi. Matahari betul-betul terpacak dah atas kepala. Bagi Cie tak sesuai la. Sepatutnya buat jela acara semua tu hari sekolah bersama acara lain tu semua buat hari sekolah.
Hari ni sepatutnya buat jela acara perbarisan dan penutup serta penyampaian hadiah je. Takdela drag masa sampai petang. Tadi ramai juga parents yang bawak anak-anak kecil menangis kepanasan. Kesian tengok. Ada juga yang gerak balik awal.
Cie tadi ajak juga dah adik Rania balik tapi dia takmau balik mesti dia nak tunggu kot dapat medal acara dia masuk tapi takde pulak cikgu umumkan tadi. Penat menunggu je.
sedapnya nasi dagang
ReplyDeleteSedap memang selalu beli.
DeleteHari sukan memang begitu.. Dekat sek anak linda.. Asing siap2 tahap 1 dan 2..yg tahap 1,selesai bagi hadiah hari yg sama.. Tp, tetap lah hari sukan untuk tahap 2,lama jugak nunggu, ikotkan malas, tapi anak masuk acara.. Ibu tunggu jugak lah..
ReplyDeleteDorg dah sukan hari sek beberapa acara. Ye kalau ikutkan malas anak Cie tak masuk acara pun tapi dia nak datang jugak.
DeleteBila dh start lambat ni memang semua acara takkan ikut iternary yg dirancangkan . Kalau dh sampai tengahari acara masih diadakan lgi kesian dekat bebudak laa panas
ReplyDeleteYe agak tak sesuai masa buat acara tu sebab dah mula panas.
DeleteSekolah Ammar pun ade sukan =D
ReplyDelete