Servis Kereta 10000km - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 25 August 2024

Servis Kereta 10000km

Semalam Cie pergi ke Bentong untuk  Servis Kereta 10000km walaupun belum sampai 10000km pun lagi baru je 4000 lebih tapi disebabkan dah 6 bulan selepas servis yang pertama dulu so kena ikut due date tu la. Antara 2 la untuk servis kereta dah capai 10000km atau 6 bulan yang mana sampai dulu. Kereta Cie ni dah 6 bulan selepas service pertama 1000km dulu.

Servis Kereta 10000km

Untuk Servis Kereta 10000km ni kami memilih untuk servis di Bentong sebab lebih dekat dari Lipis. Walaupun hari tu beli kereta di Temerloh dan servis 1000km pun kami buat di Temerloh je. Pertama kali servis kat Temerloh tu terlalu ramai orang jadi macam sesak kat ruangan waiting customer tu.

Kali ni kat Bentong dah buka Honda Service Centre tu yang husband cakap servis kat Bentong jela dekat je dari Lipis 1 jam sahaja menggunakan highway CSR Raub Bentong. Dari Lipis ke Raub 45 minit dan dari Raub ke Bentong 15 minit. Jimat masa. Kalau ke Temerloh ambil masa 2 jam.

Cie set appointment untuk Servis Kereta 10000km di Restu Auto Sdn. Bhd. Lokasi Restu Auto ni terletak di Chegar Medang, Benus, Bentong. Tepi jalan je. Kalau exit highway kat Benus tu nanti belok kiri. Tak sampai 5 minit nanti dah nampak Restu Auto ni sebelah kanan.

Masuk je ke dalam terus je ke kaunter pendaftaran. Sampai situ nanti bagitau appointment pukul berapa dan berikan buku servis. Nanti dia akan tunjukkan berapa jumlah sebenar bil kita dan apa yang mereka akan servis. Terlupa pulak nak snap picture list tu tapi total dalam rm500 lebih. Terkejut beruk jugak la. Hahaha. Dalam apps tunjuk rm200 lebih je.

Yang boleh tolak cuma 1 je. So jadilah total semua sekali rm300 lebih je. Memang dah takde yang boleh tolak so kena paksa rela bersetuju jela kan. Bila dah setuju so mereka akan terus servis kereta kita cumanya kami hari tu mereka tak terus servis kena menunggu jugak sebab kereta lain yang lagi awal dari kami belum siap.

Jangan risau kat ruang menunggu tu memang selesa. Banyak kemudahan disediakan untuk customer. Ada tandas lelaki dan perempuan. Bersih tandasnya. Juga ada surau lelaki dan perempuan. Memang bagus la kalau tempat ada sediakan surau ni. Ruang menonton tv juga disediakan.

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Kalau lapar jangan risau ada disediakan nasi lemak percuma dan juga ada coffee maker. Boleh tekan-tekan je nak air apa. Air sejuk dan panas coway juga disediakan.

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Kemudahan wifi dan plug pun ada disediakan. Cie try connect wifi tak boleh pulak entahla kenapa tu. Plug tu kat lantai je. Kat setiap meja disediakan. Kot ada yang nak menggunakan laptop boleh la charge kat situ. Kerusi meja yang selesa.

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

2 jam jugak nak tunggu kereta siap. Sampai 10.30 pagi ikut waktu booking dalam apps HondaTouch bukan terus dia ambil kereta kita. Kena tunggu kereta yang sebelum tu siap baru turn kita. Cuma staf kaunter tu cakap sejam masa menunggu.

Servis Kereta 10000km


Servis Kereta 10000km

Pukul 12.30 tengah hari baru la siap. Apps ada notify dah kereta siap. Dalam 5 minit baru la staf akan panggil kita ke kaunter cashier. Kat situ dia akan tunjuk apa yang mereka check, apa yang mereka servis. Tu semua husband la yang dengar. Cie tak berapa faham. Hihi.

Staf tu akan bagitau semula jumlah bayaran yang kita dah persetujui tadi so kalau dah faham dan setuju boleh sign dan buat payment. Lepas tu mereka akan bagi 1 resit untuk simpanan kita dan diletakkan dalam buku servis.

So next servis selepas Servis Kereta 10000km adalah 20000km atau 6 bulan selepas ni mana yang sampai dulu. Dah siap service sempat singgah rumah kakak Cie kat bandar Bentong. Konon nak singgah kejap. Sampai ke petang jugak la. 

Sampai rumah kakak dia tengah masak lunch. Lepas solat Zohor dia ajak lunch pulak. Menu best tak boleh tolak. Sebelah petang buat minum petang pulak pulut durian lama tak makan. Pekena juga la sikit walaupun masih kenyang lagi.

Servis Kereta 10000km

Siap ke kebun dia berdekatan dengan tempat servis kereta kutip rambutan. Banyak jugak bawak balik. Nikmat betul dapat makan bawah pokok.

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km

Servis Kereta 10000km


4 comments:

  1. betul2 guna g keje balik keje je nie...hihihi...dah 6 bulan pun belum 10k...
    linda hari tu dok ulang alik Melaka -KL - Perak...
    belum 5 bulan dah cukup km..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun baru je bawak pi kerja start bulan lepas. Sebelum ni pakai kereta husb je pergi kerja. Husb naik motor. Kereta ni parking je 😆. Memang tak ke mana la kampung pun dekat je.

      Delete
  2. Saluuut, mereka menyediakan nasi lemak gratis utk customer yaa 👍👍👍. Tak ada pula fasilitas makan free Di bengkel langganan saya. Hanya minum saja 🤣

    ReplyDelete
  3. Akak rasa mana-mana Honda SC memang sediakan makanan dan minuman yang best-best kan. Tempat pun super comfy.
    Kereta akak dulu beli few months before covid. Jadi masa covid tak boleh jalan jauh.. memang kurang sangatlah KM masa tu tapi still kena servis juga sebab dah sampai tempoh. Sekarang memang almost fully utilised lah sebab kerap ke utara 😁

    ReplyDelete