12 September genap kakak Raisha 12 tahun terus ibu bawak kakak Raisha ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk buat kad pengenalan 12 tahun. Kebetulan ibu cuti baru balik dari kursus. Terus la buat senang nanti kalau tangguh terus lupa. Kakak Raisha pun teruja nak buat kad pengenalan dia sebab kawan-kawan dia pun dah ramai buat.
Kakak Raisha balik sekolah 1.30 petang. Balik sekolah dia bersiap-siap mandi, solat dan makan terus kami keluar rumah 2 lebih. Biasa la daerah kecil je takdela ramai orang pun. Masa kami sampai tu terus staf kat pintu masuk tanya nak buat urusan apa. Mereka tanya alamat sama ibu ke tak. Kalau alamat tak sama kena bawa apa-apa bil alamat rumah. Kebetulan memang Cie dah tukar alamat rumah Cie. So sama la alamatnya. Terus mereka bagi nombor. Duduk tak sampai seminit pun dah naik nombor.
Terus ke kaunter. Staf kaunter minta surat beranak yang original dan kad pengenalan ibu. Staf kaunter tanya alamat sama ibu ke? Cie jawab ye dia terus proceed. Mula-mula dia kena scan jari anak kanan dan kiri. Lepas tu scan jari ibu pulak. Akhir sekali baru la ready ambil gambar. Sebelum proceed staf kaunter akan tanya ok tak gambar tu. Kalau ok dia terus proceed dan bagi slip untuk ambil kad pengenalan selepas 7 hari.
Kat sini memang tak siap terus. Takpela asalkan tak perlu pergi jauh-jauh nak buat kad pengenalan. Takdela urgent nak pakai kad pengenalan pun. So tunggu jela. Dah siap buat kad pengenalan 12 tahun kami pun bergerak nak ke kedai kek pulak.
Kemain senyum kakak raisya amik gbar IC.. Masa buat IC abang Mu'az staf tak tanya pulak gbar ok ke tak.. Hihihi
ReplyDeleteBaru terfikir² kenapa 7 hari baru siap sebab seingat akak buatkan ic anak² dapat hari yang sama... ok dah ada jawapan 😃.
ReplyDeleteYaaayyyyy... Kakak Raisha dah ada IC.
Last year I buat IC baru, alhamdulillah tak lama sgt dia proses. Kira kagum jugak la sbb baru sampai Msia masa tu. Staff pun baik jd tak la muka kita dlm gambar jd buruk sbb stress dgn org kaunter. 😂😅
ReplyDelete