daftar perniagaan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Rabu, 25 Jun 2014

daftar perniagaan

As salam
Salam sejahtera

suruhanjaya syarikat malaysia

Sebut pasal daftar perniagaan nih mesti ramai lagi yang masih belum tahu yang perniagaan online juga perlu didaftarkan kerana terdapat urusan jual beli. Gitu kekdahnya.

Maka ahkak pun rasa terpanggil nak daftar dari sebelum bersalin lagi. Sampaikan anak dah masuk 2 pun belum daftar lagi. Kuikuikui.

Kalau nak daftar ssm paling dekat kat temerloh dan kuantan je kalau kat pahang nih. 2 2 jauh. So ritu saja godek2 website ssm sekali terjumpa jadual dorang turun ke setiap daerah.

Bertangguh2 tapi akhirnya pada tanggal 19 Jun 2014 maka lahir lah sebuah syarikat enterprise yang diberi nama DOUBLE SR ENTERPRISE.


Baru rasa yakin kan bila syarikat dah berdaftar. Pasni nanti nak bukak akaun syarikat pulak nak memudahkan para pelanggan membuat pembayaran.

Nama pilihan pertama nak letak SR FAMILY ENTERPRISE. Sekali kerani tuh cek dah ada orang guna. Kuciwa betul la. Nak guna semula nama tuh dah tak boleh dorang dah block. Syarikat tuh las diupdate 2011 so dah lebih 3 tahun.

Bila dah takde idea nak letak nama apa belasah jela Double SR tuh janji ada SR. Huhu.


Sesiapa yang belum pernah mendaftar tuh sila2 lah rm70 je setahun. Kalau guna premis nama sendiri ikut ic kalau tak silap rm30 je.

Jenis perniagaan kita boleh letak apa2 yang kita nak. I ols letak sikit je. Tiba2 terlupa ingatan masa g daftar tuh. Dah la panas tempat tuh. Orang SSM tuh sewa kedai komputer tuh je untuk dorang bukak kaunter. Nak tulis borang kena duduk kat luar kedai. Yang penting ada perkhidmatan sewa kanopi dan menjual produk kecantikan dan kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan