Kenapa Saya Menulis Blog? - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 17 January 2015

Kenapa Saya Menulis Blog?

Kenapa Saya Suka Tulis Blog?


Kenapa Cie suka tulis blog walaupun Cie bukan seorang blogger. Takdela sebab yang istimewa pun. Hihi.



Cie mula tulis blog dah lama rasanya 2009 kot. Masa tuh sesaja je tulis blog tentang diri sendiri je. Cerita merepek je banyak. Takdela nak bagi blog dibaca orang. Bagi Cie tulis blog just untuk suka-suka. Lebih kurang macam diari kehidupan sendiri la sebagai kenangan dimasa akan datang.

Kadang-kadang tulis kadang-kadang malas. Sudahnya lupa password sebab dah lama tak bukak. Blog address pun boleh lupa sebab buat ejaan pelik sangat kan. Haha. Terus senyap dari dunia blog sampai la mula buat blog semula tahun 2011.

Kali nih macam nak tulis betul-betul taknak hangat-hangat telur ayam je. Hihi. Bermula tulis blog menggunakan address demokluv.blogspot.com . Blog nih lebih kepada cerita tentang kehidupan, kerjaya, resepi, tips, info dan banyak lagi la.

Bermula tahun 2013 Cie mula berkongsi tentang perniagaan Cie iaitu tentang bisnes Shaklee serta pengalaman Cie mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee. Macam-macam la perkongsian Cie didalam blog nih. Lebih menarik sekitar tahun 2014 selepas menghadiri seminar anjuran upline Shaklee Cie ada juga berkisar tentang blog so bermula dari situ demokluv.blogspot.com telah bertukar kepada www.syafiyahluv.com .

Template pun mula bertukar selepas menghadiri seminar itu. Rasa macam sayang sangat kat blog nih. Nak lebih serius berkongsi segala-galanya dengan pembaca walaupun blog Cie takdela mempunyai ramai sangat followers. Bukanlah blog pilihan ramai orang pun kan. Cie pun tulis blog bukan untuk mencari publisiti. Sekadar suka-suka berkongsi cerita.

Insyaallah Cie akan terus berkongsi dan menulis blog nih selagi hayat dikandung badan. Chewahhh. Hahaha.


Mencari suplemen utk kesihatan?

Sila ke FACEBOOK kami-> Roziah Muhammad Nor


Follow blog kami-> syafiyahluv.com


Handphone: 0129755310

No comments:

Post a Comment