Resepi Laksam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 17 January 2015

Resepi Laksam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Last week tiba-tiba rasa teringin nak makan laksam masa balik kerja. Mana nak cari petang-petang kan. Nak buat tuh macam mustahil je pulak kan. Memang tak pernah buat laksam.

Semalam duk terfikir nak buat laksam la. Rasanya macam tak susah je. Terus google resepi dan ternyata memang senang je. Tapi kalau malas jadi susah la. Hihi.

Cergas terus cari bahan-bahan. Tapi daku buat laksam tepung beras tuh je. Kakakku yang buat kuah. Ada 2 versi la laksam dan laksa lemak. Laksa lemak tuh guna laksa yang panjang tuh.

Dah settle beli bahan-bahan terus balik rumah dan terus gigih la buat laksam. Dengan harapan semoga berjaya buat laksam yang agak rumit. Ce kongsikan resepi yang ce buat tadi.

RESEPI LAKSAM


Laksam Tepung Beras


Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
4 cawan air
Minyak untuk disapu pada tudung periuk.

Cara Membuat:
1. Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam pengukus.
2. Masukkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak di atas permukaan tudung periuk. Kemudian sendukkan bancuhan tadi ke atas tudung periuk. Tutup pengukus dan kukus selama 5 minit.
4. Setelah masak gulungkan ketika masih panas.
5. Ulang proses hingga habis.
6. Potongkan bulat sebelum dimakan.

Kuah Laksam

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 keping asam gelugor
1/2 kg santan
1 sudu lada hitam - ditumbuk
Garam

Cara Membuat:
1. Rebus ikan hingga masak. Kemudian asingkan isi dan tulang.
2. Kisar isi ikan bersama sedikit air rebusan. Jangan terlalu hancur. 
3. Kisar tulang-tulang bersama air rebusan kemudian tapiskan.
4. Masukan kesemua bahan ke dalam periuk. Perasakan dengan garam.
5. Kacau sehingga masak.

Ulam-ulaman

10 batang kacang panjang dipotong kecil
1 biji timun dipotong halus
20 gm taugeh

Sambal Cili

10 biji cili padi ditumbuk bersama sedikit garam sehingga hancur.


Akhirnya menjadi jugak LAKSAM yang sedap tuh. Hihi. Senang je rupanya. Kesimpulan disini belum cuba belum tau. Sebelum nih rasa susah nak buat. Tapi bila dah cuba sebenarnya tak susah pun. Selamat mencuba ye. 


Feel free to like & share

Mencari suplemen utk kesihatan?

Sila ke FACEBOOK kami-> Roziah Muhammad Nor


Follow blog kami-> syafiyahluv.com


Handphone: 0129755310




No comments:

Post a Comment