Tema Baju Raya 2015

2/13/2015 01:57:00 PTG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah sedar tak sedar je dah nak masuk bulan Ramadhan. Tinggal beberapa bulan je lagi iaitu pada 18 Jun semua umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa. Bermakna selepas bulan Ramadhan kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri la pulak kan. Sudah pasti daku ingin menyediakan pakaian sedondon 4 beranak. Gigih la duk menggoogle TEMA BAJU RAYA 2015. Nampak sangat kesungguhan tuh kan. Hahahah.

Google punya google terjumpa la blog perkahwinan issyazwedding.com yang menyediakan idea warna tema bagi 2015. Patutnya warna tema untuk pengantin. Hahaha. Ok jela kan untuk baju raya. Antara warna tema yang dikongsi oleh blog tersebut ialah:-

Blossom

Caramel

Celestial Blue

Leaf Green

Orchid Tint

Soft Lemon

Pearl

Pistashio

Watermelon Pink

Vibrant Turqoise
Rambang mata kan nak pilih. Kebetulan pulak husband nak colour purple macam Orchid Tint tuhla. Tapi daku macam tertarik dengan Pistaschio tuh. Alahai semua pun cantik la. Ingatkan nak beli kain je lepas tuh nak tempah sedondon kat tailor. Sekali my favourite tailor tuh dah pack sangat orang tempah dengan dia. So cancel beli kain.

Last month window shopping kat East Coast Mall Kuantan sekali terlalu depan butik Gene Martino. Terus la terjah tanya size paling kecik berapa then salesgirl tuh cakap size 0 so bermakna untuk anak-anak ibu pun ada la size. Wah ini sudah bagus. Beli ready made je senang. Baju-baju kat situ pun ok menarik jugak.

Last year beli tak sekali so tema merah tapi tak matching semua. Hahaha.

Nampak tak merah tapi semua berlainan. Hihi



So this year encik husband nak tema colour nih kita tengok la nanti mana yang sesuai

Semangat kan padahal lambat lagi nak masuk Ramadhan tapi tuhla pejam celik je nanti dah sampai masanya.

3 ulasan:

  1. Cantik cantikla..Ros pula tak pernah bertema tema bagai ni. Hihi. Tapi tahu ni nak merasalah sedondon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Sejak dah kahwin memang bertema. Baru lah nampak sedondon. Hihi

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.