Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Kebanyakkan ibu pasti pernah memarahi anak kan. Termasuk la juga Cie. Kalau boleh taknak marahkan anak tapi kadang-kadang kesabaran tuh rendah sangat. Ada masa kesabaran tuh boleh hilang. Bila difikir balik apa lah dimarah anak yang masih kecil tuh kan. Lepas marah terus menyesal. Lepas tu marah semula kan. Haaaha. Sabar tuh penting sebenarnya.
Macam mana cara untuk elak daripada marahkan anak? Kadang-kadang anak pun confuse ibu nih sayang ke tak kat dia asyik marah je. Anak pun hairan kejap marah, kejap sayang. Menyebabkan mereka keliru. Bayangkan umur anak baru setahun kita dah marahkan dia. Kena berubah nih sebab Cie selalu marah anak, lepas tuh sayang balik. Hihihi.
Dalam tak sedar anak-anak akan membesar sebagai individu yang keliru, suka memberontak, menyalahkan diri sendiri. Cie perasan kalau marahkan adik ada masa dia akan menangis kuat then datang semula kat Cie. Kadang-kadang dia memberontak macam kalau dia ada pegang apa-apa dia akan hempas atau baling. Kakak pulak kalau kita marah dia pandang je kita sambil buat muka sedih. Ada jugak dia memberontak sama macam adik baling barang atau hempaskan barang. Kadang-kadang kakak menangis. Barulah ibu pujuk.
Sebenarnya bukan lah tak boleh langsung marahkan anak-anak. At least kalau anak-anak buat kesalahan kita just tegur cara berhemah bukan kita marahkan anak sebab kita penat, tertekan atau sebagainya. Kalau buat kesalahan memang kita kena betulkan dengan cara teguran atau kita marah tapi dengan menggunakan perkataan yang berhemah dan cara yang paling membuatkan anak-anak tau yang kita marahkan mereka sebab mereka lakukan kesalahan.
Jika kita mahu mendisiplinkan anak elakkan ketika sedang marah kerana ketika marah kita lebih beremosi dan berkemungkinan besar kita cenderung untuk manyakitkan atau memukul anak. Sebagai ibu kita harus cuba mengawal diri supaya tidak marahkan anak disebabkan perkara yang tidak sepatutnya. Kita boleh elak untuk memarahi anak-anak kita. Cie nak kongsikan tiga cara untuk elak marahkan anak-anak.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

BERTENANG DAN TARIK NAFAS
Kalau anak-anak ada membuat kesalahan seperti sepahkan rumah, tumpahkan air atau sebagainya secara tidak langsung kita akan cenderung untuk memarahi mereka. Tambahan pula jika kita tertekan dengan masalah dipejabat atau kita berasa penat. Kita akan lepaskan anak-anak. Cara terbaik cuba kawal diri dan ingatkan diri sendiri supaya tidak melepaskan kepada anak. Cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Bagi yang Islam cepat-cepat beristigfar dan ambil wudhuk. Kadang-kadang hasutan syaitan je tuh.
JAUHKAN DIRI DARI ANAK SEKETIKA
Jika anda sedang marah, jauhkan diri seketika daripada anak-anak dengan masuk ke dalam bilik atau masuk ke dapur. Bila dah agak tenang dan didalam keadaan waras baru lah layan anak-anak semula. Cuba untuk keluar dari zon kemarahan tersebut.
TIP DAN PANDUAN KEIBUBAPAAN
Pada zaman teknologi serba canggih nih pelbagai cara untuk kita dapatkan info, tips, panduan tentang keibubapaan dan kekeluargaan. Dengan cara ini kita lebih mengetahui cara yang betul mendidik anak-anak. Sekarang pun banyak ruangan forum dimedia sosial yang kita boleh berkongsi pelbagai perkara untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sekaligus boleh bertukar pengalaman dan buah fikiran.
Cuba muhasabah diri. Kita dikurniakan zuriat, sedangkan masih ramai yang diluar sana tidak dikurniakan zuriat. Jadi kenapalah kita mensia-siakan amanah Allah nih. Kenapa kita marahkan anak-anak sedangkan mereka masih belum mengerti erti sebuah kehidupan. Panduan ini untuk rujukan diri sendiri dan juga ibu bapa diluar sana. Ingat!! Anak adalah amanah Allah untuk kita jaga dengan penuh kasih sayang. Semoga daku dikurniakan kesabaran yang tinggi didalam menjaga anak-anak. Walaupun kadang-kadang kesabaran tuh rapuh sangat. Daku akan cuba menjadi ibu yang terbaik buat anaknda Syafiyah Raisha dan Syafiyah Rania. Ibu sayang kakak dan adik selamanya selagi hayat dikandung badan.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan