Tip Jimat Masa Memasak Wanita Bekerjaya - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Rabu, 21 Oktober 2015

Tip Jimat Masa Memasak Wanita Bekerjaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tugas wanita bekerjaya nih sebenarnya lagi berat dari surirumah. Surirumah hanya melakukan kerja rumah bermula dari celik mata sehinggalah pejam mata waktu nak tidur. Berbeza dengan wanita bekerjaya. Dua kerja dilakukan setiap hari. Macam Cie seawal pagi lagi dah bangun siapkan barang-barang dan makanan untuk hantar anak ke pengasuh. Terus bersiap nak ke tempat kerja. Seharian dipejabat. Balik dari pejabat pulak sambung tugas menjadi surirumah.

tip jimat masa memasak wanita bekerjaya
Sumber: google.com


Cie nak kongsikan tips jimat masa memasak yang ce amalkan sejak dari anak pertama lagi. Alhamdulillah tak pernah lagi thumb print lewat dari waktu masuk kerja. Rumah Cie dengan pejabat jauh jugak lebih kurang setengah jam memandu. Selalunya Cie bangun paling awal 5.30 pagi. Bertolak ke tempat kerja sekitar pukul 7.00 pagi hingga 7.20 bergantung kepada persiapan la.

Tip Jimat Masa Memasak Wanita Bekerjaya


Rancang Menu

Rancang menu sangat penting sebab melalui menu la kita boleh rancang bahan-bahan. Boleh siapkan menu untuk seminggu. Kalau lebih baik menu untuk sebulan. Contoh untuk sarapan mee goreng, makan tengahari maybe tak masak la kalau rumah jauh kan. Untuk makan malam nasi putih, ayam goreng, sup sayur. Menu yang ringkas pun dah ok kan. Yang penting masak sendiri.

Sedia Bahan Masak Untuk Seminggu

Biasanya Cie akan sediakan bahan-bahan untuk menu seminggu. Ayam atau ikan bersihkan terus dan masukkan ke dalam bekas kedap udara. Boleh beli freezermate tupperware lebih kemas dan tersusun. Sebelum masukkan ke dalam bekas packing siap-siap lauk untuk kegunaan harian. Katakan dalam kelurga ada 5 orang so masukkan 5 ketul ayam atau ikan ke dalam plastik. So kalau nak masak just keluarkan yang nak guna je. So takdela keluar sebekas untuk nyahbeku lepas tuh simpan semula. Menggalakkan pertumbuhan bakteria je kalau buat camtu.

Sayur pun sama jugak. Potong siap-siap letak dalam bekas. Tapi jangan basuh sayur tuh. Kalau basuh nanti tak tahan lama. Nak guna baru basuh. Sama jugak letak dalam plastik atau bekas untuk kegunaan harian.

Bahan-bahan masak seperti bawang boleh terus kupas kulit. Cili kering kisar boleh kisar dan masak terus lagi mudah nak guna.

Beli Stok Makanan Untuk Seminggu

Cie akan beli stok makanan pada hujung minggu. So senang terus sediakan bahan untuk memasak seminggu. Stok makanan perlulah dibeli yang mempunyai tarikh luput lewat sebab boleh simpan lama. Sebab tuh pentingnya rancang menu so kita dah tahu stok makanan apa kita nak beli.



Nih jela tip jimat masa yang Cie nak kongsikan buat wanita bekerjaya. Cuba amalkan insyaallah lama kelamaan kita dapat merancang masa kita. Cie lebih suka memasak sendiri untuk anak-anak. Kecuali la tengahari hari bekerja memang pengasuh jela masak. Kat pengasuh pun Cie guna cara yang sama. Sediakan lauk dan sayur untuk seminggu. So pengasuh tinggal nak masak je. Surirumah pun boleh gunakan tip nih. Kadang-kadang bila anak buat perangai tak sempat nak masak kan. Leceh la nak siang ayam la, nak potong sayur la. So kalau buat camni tinggal nak campak dalam kuali je dah siap. Jimat masa, jimat tenaga.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

11 ulasan:

  1. betul..kene rancang awal nak masak apa..kekadang buntu jugak hihi

    BalasPadam
  2. tu la..ni nasib baik belum ada anak lagi..kalau ada anak...lagi byk kerja fida.
    sekarang pun lepas pukul 10 dah tidur dah...letih yang teramat.Balik kerja..nak basuh tempat kucing .Nak basuh baju.Nak masak..Nak sapu umah.nasib baik dah gosok tudung ngan baju nak pakai seminggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pandai2 agihkan masa. buat mana yang betul2 penting je dulu.

      Padam
  3. selalunya bawang dah siap balender dah.. sng tuk memasak

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan Entri terbaru di Veterinar | Cara Memberi Ubat Kepada Haiwan

    BalasPadam
  4. suami pun beli lauk utk seminggu terus,senang nak msk ambik lauk dlm peti jew

    BalasPadam