Popia Cheese

6/12/2018 01:28:00 PTG

RESEPI KUIH RAYA | POPIA CHEESE



BAHAN-BAHAN POPIA CHEESE

Kulit Popia
Serbuk Cheese
Minyak Masak

CARA MEMBUAT POPIA CHEESE

Mula-mula sekali ambil sekeping kulit popia kemudian letakkan chopstick untuk menggulung

Gulungkan dengan chopstick sehingga hujung. Tinggalkan sikit untuk sapu pelekat

Cie sapu guna air je dengan berus. Kalau takde berus guna jari je takde masalah. Tak perlu guna kuning telur atau pun tepung jagung. Guna air pun tetap lekat.

Selepas gamkan dengan air tadi keluarkan chopstick

Potongkan menyerong macam ni

Panaskan minyak kemudian goreng hingga kekuningan

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan seketika

Tak perlu tunggu sehingga sejuk. Nanti tak melekat cheese powder. Terus je taburkan cheese

Bila dah siap tabur tu goyangkan mangkuk supaya sekata

Ok dah siap popia cheese

Selamat mencuba. Senang je nak buat kan. Kalau buat sepeket dalam sejam je dah siap. 

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.