RESEPI KUIH RAYA | POPIA CHEESE
BAHAN-BAHAN POPIA CHEESE
Kulit Popia
Serbuk Cheese
Minyak Masak
CARA MEMBUAT POPIA CHEESE
 |
Mula-mula sekali ambil sekeping kulit popia kemudian letakkan chopstick untuk menggulung |
 |
Gulungkan dengan chopstick sehingga hujung. Tinggalkan sikit untuk sapu pelekat |
 |
Cie sapu guna air je dengan berus. Kalau takde berus guna jari je takde masalah. Tak perlu guna kuning telur atau pun tepung jagung. Guna air pun tetap lekat. |
 |
Selepas gamkan dengan air tadi keluarkan chopstick |
 |
Potongkan menyerong macam ni |
 |
Panaskan minyak kemudian goreng hingga kekuningan |
 |
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan seketika |
 |
Tak perlu tunggu sehingga sejuk. Nanti tak melekat cheese powder. Terus je taburkan cheese |
 |
Bila dah siap tabur tu goyangkan mangkuk supaya sekata |
 |
Ok dah siap popia cheese |
Selamat mencuba. Senang je nak buat kan. Kalau buat sepeket dalam sejam je dah siap.
Menarik...okey nanti akak nak cuba la..nampak sedap tu..
ReplyDelete