Makan tengahari tahun baru 2024


Pagi tadi je masak sarapan kuey teow goreng. Bila tiba tengahari memang malas nak masak. Masak ni kena ada kerajinan. Kalau malas menjelma tu memang tak masuk dapur la. 

Keluar pusing-pusing cari kedai makan banyak kedai tutup. Mungkin tuan kedai bercuti sempena tahun baru. Berjalan-jalan atau mungkin berehat je kat rumah. Kita yang bekerja ni memang berehat jela menghabiskan sisa-sisa cuti. Malasnya nak masuk kerja esok. Huhuhu.


Kedai makan tepi Sekolah Rendah Clifford tu buka so kita singgah la makan tengahari tahun baru 2024 kat situ. Banyak juga menu kedai tu. Ada mee kari, nasi kukus ayam berempah, nasi kukus patin clayport, kuih muih, abc, cendol dan lain-lain.


Cie dan suami makan mee kari. Anak-anak makan nasi kukus ayam berempah dan minum abc. Ni la menu makan tengahari tahun baru 2024 kita. Hihi


Makan tengahari tahun baru 2024
Abc si adik Rania


Makan tengahari tahun baru 2024
Anak dara berdua tu kongsi je


Makan tengahari tahun baru 2024
Mee kari ada kerang, ayam dan bahan-bahan lain. Sedap.

Dah kenyang makan balik rumah sambung beristirehat. Esok nak start rutin biasa dah anak-anak pun dah start bersekolah selepas naik cuti beberapa minggu. Kejap je masa berlalu. Rasanya baru je lagi mula cuti.