Pasar Malam Kuala Lipis

Yong Tau Fu Pasar Malam
RM11 semua ni

Setiap hari Jumaat sebelah petang sampai malam ada pasar malam di bandar lama Kuala Lipis. Hampir setiap minggu la kami membeli makan malam di sana. Ada la juga sesekali kalau waktu hujan atau husband takde baru la tak ke pasar malam tu.


Ada pelbagai pilihan kat pasar malam ni. Pilih je nak makan apa. Yang paling Cie suka Yong Tau Fu Pasar Malam Kuala Lipis ni memang sedap kuahnya tu. Ada 2 tempat jual Yong Tau Fu ni, 1 tempat lagi tu pernah sekali je beli tak sedap. Terus tak beli dah.


Kat Lipis ni Yong Tau Fu makan dengan kuah coklat ni dan dia bagi juga sos cili tu. Selalunya Cie makan dengan kuah coklat tu je. Pernah la sekali letak sikit sos cili tu. Rasa dia macam cili boh je. Tak berani pulak nak makan takut sakit perut.


Yong Tau Fu Pasar Malam

Kuahnya ni memang sedap cukup rasa. Kalau kat Johor mereka makan Yong Tau Fu ni dengan kuah macam sup tu. Takde kuah coklat ni. Masa mula-mula dulu pelik jugak sebab dah biasa kat Lipis makan dengan kuah coklat.


Cie dulu belajar kat Politeknik Johor Bharu. Selalu la pergi Masai dan Pasir Gudang. Memang banyak la orang jual Yong Tau Fu ni tepi-tepi jalan je atas truck. Boleh terus makan je kat situ. Cie pun ingat-ingat lupa dah lama tinggalkan dunia belajar ni.


Pernah try buat kuah Yong Tau Fu ni tapi tak sesedap kuah yang pasar malam ni. Sekali jela try buat lepas tu malas dah. Nak makan beli je.