Josi Donut Kuala Lipis

Makan Tengahari Di Josi Donut

Walaupun dah beberapa hari berlalu tetap la jugak nak share. Hihi. Isnin baru-baru ni 19 Februari 2024 Cie ambil cuti sehari. Kebetulan keluar mendobi baju balik kampung weekend terus la keluar Makan Tengahari Di Josi Donut sebab dah janji dengan anak-anak nak makan kat situ.

Kat Josi Donut ni banyak jugak makanan yang jenis ringan-ringan je. Untuk santai-santai makan boleh la makan kat Josi Donut ni. Menu specialty kat situ adalah laksa. Laksa dia memang sedap. Boleh kata setiap minggu Cie makan laksa Josi Donut ni. Selain jual kat kedai dia hantar juga laksa kat gerai tepi jalan laluan Cie balik rumah tu. 

Dari harga rm6 semangkuk sampai dah naik rm7 Cie tetap makan sebab sedap kena dengan selera Cie. Ramai je orang jual laksa kat Lipis ni tapi tak kena selera Cie. Anak-anak Cie pun suka laksa situ. Anak-anak suka laksa telur rebus, Cie suka laksa telur sarang.

Makan Tengahari Di Josi Donut
laksa telur campur (ada telur rebus dan telur sarang) rm8

Makan Tengahari Di Josi Donut
laksa telur rebus rm7

Makan Tengahari Di Josi Donut
mocha blended dan teh ais float. harga tak ingat la pulak

Makan Tengahari Di Josi Donut
wafle coklat banjir rm10.90

Wafle coklat banjir tu sedap tapinya sangat manis. Memang tak sesuai untuk orang yang pantang gula, kencing manis dan diet. Memang naik la bacaan gula kalau makan. Hihihi. Sekali sekala boleh la buat rasa-rasa kata orang tu kan.

Selain dari tu banyak lagi makanan lain kat Josi Donut ni. Macam vendor pun ye jugak. Orang hantar makanan kat situ. Macam-macam la ada selain dari produk Josi Donut tu sendiri. 

Dulu asalnya Josi Donut ni jual donut je. Donut dia memang sedap dah macam Dunkin Donut dah. Rasanya dia yang pertama jual donut gitu kat Lipis. Lepas tu dia tambah produk laksa pulak dan sekarang penuh kedai dengan pebagai jenis makanan.

Makan Tengahari Di Josi Donut

Makan Tengahari Di Josi Donut

Josi Donut ni terletak di tingkat bawah kompleks taipan (plaza hotel). Sebaris dengan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kuala Lipis. Nanti nampak je signboard Agrobazar. Kat situ la Josi Donut.