Shopping Di Ikea Dan Mytown - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 29 February 2024

Shopping Di Ikea Dan Mytown

 

Shopping Di Ikea Dan Mytown

Selepas je service pertama kereta Sabtu lepas kami terus gerak ke KL untuk percutian dan shopping selama 3 hari 2 malam. hihihi. Dah nak seminggu baru sempat nak update entry yang banyak sepanjang bercuti ni. Kekangan masa betul sekarang ni. Tapi demi nak aktif berblog kembali maka ku gigihkan jua diri ini.


Lama tak turun KL ni last sekali tahun lepas rasanya masa ada urusan kat Umobile Times Square sambil holiday dan shopping. Kebetulan nak pergi beli baju raya terus la sekali bercuti dah alang-alang tu. Senang settle awal tak lama lagi dah nak puasa.


Bercuti kali ni Cie siap buat itinerary share kat husband. hahahah. Siap geleng kepala encik husband tengok itinerary wife dia banyak betul tempat nak terjah 3 hari 2 malam je pun. Dah alang-alang kan kita shopping la benda lain sekali. Cie memang suka shopping kat KL banyak pilihan. Walaupun duk Lipis dalam Pahang tapi kureng suka shopping di Kuantan sebab tak banyak pilihan dan jauh sikit. Lipis ke Kuantan 3 jam tapi Lipis ke KL 2 jam dah sampai.


Destinasi pertama bila sampai di KL je terus ke Ikea Cheras untuk lunch dulu. Nak cari wing tu je. Tahun lepas pergi takde stock chicken wing katanya. So kali ni ada kita lunch terus memasing dah kelaparan walaupun kena beratur tetap gigihkan diri.


Shopping Di Ikea Dan Mytown
menu biasa kalau ke Ikea mesti ada mushroom soup, garlic bread, chicken wing, meatball


Shopping Di Ikea Dan Mytown


Sebenarnya masuk ke Ikea tu nak makan je tapi disebabkan rasa macam takkan makan je maka masuk jugak la kat tempat barang tu kot ada benda menarik nak dibeli. Lama dah mencari Variera Shelf Insert Ikea tu tapi tak ketemu pulak masa mencari tu. Tengok stok kat web ada je. Selalu nampak je merata-rata pun shelf tu.


Maka ku beli la benda lain. Beli Forvar Jar, Fniss N Waste Bin, Godmiddag Serving Plate, Carrier Bag. Total kehabisan duit RM42.50 je untuk beli barang dan makan RM84.90. Resit memang simpan nak tengok berapa kerugian sepanjang percutian. Hihihi.


Dalam itinerary ada nak ke AEON Cheras Selatan tapi macam malas pulak maka ku fikir tukar la nanti boleh pergi AEON Wangsa Maju keesokkan hari. Dah tulis itinerary pun boleh bertukar ye. Itulah perempuan. Hahaha. So dah alang-alang ada kat Ikea tu kita terjah Padini MyTown je nak cari baju anak-anak. Takde baju jalan dah budak 2 orang ni. Dah semakin remaja dan membesar.


Shopping Di Ikea Dan Mytown


Shopping Di Ikea Dan Mytown


Masuk je Padini jumpa baju sales RM9 je sehelai terus grab untuk anak-anak. Ambil 6 helai je sebab dah takde pilihan yang anak-anak berkenan. Kalau ikutkan ibu nak grab lagi sebab murah sangat dah. Harga asal rasanya RM20+ tengok kat tag tu. Grab untuk anak-anak jela.


Settle membeli tu terus kami gerak ke Bangi pulak untuk check in kat sana dan shopping baju raya pulak. Next entry nanti la Cie share pasal hotel yang Cie check in di Bangi, kedai makan dan tempat shopping.

5 comments:

  1. Aeon Cheras Selatan hari tu banyak bahagian tutup sebab renovasi

    ReplyDelete
  2. Best juga tau kalau nak kemana mana ada iternary ni . Perjalanan pun akan smooth jer . Tak ada laa tiba-tiba nak singgah sini ..nak berpatah balik pulak kan .

    ReplyDelete
  3. sronok lps servis kete trus pi bercuti....oh padini tgh sale ye...lama tk ke ikea

    ReplyDelete
  4. Padini nih saya suka bahan baju dia Krn tahan lama ❤️👍. Pernah beli masa study di Penang, sampai saya menikah masih bagus, warna pun tak pudar . Best memang.

    Ikea nih di jakarta dah ada 3 cabang, sampai skr saya blm visit lagi 😂. Tuhlaaah, kuatir kalap shopping pula 😅. Tapi penasaran juga dengan rasa makanan nya

    ReplyDelete
  5. cie, nanti update sal hotel, cie tulis sekali tau sesuai ke tak untuk oku..

    cthnye rem, pintu toilet muat x masuk.. tp biasa di kl xde mslh sgt untuk oku, kalau di kelantan, pahang, trg, mmg oku ade sedikit mslh untuk survive. terpaksa berdukung2 untuk naik n masuk..

    ReplyDelete