Malam ni Cie dah jumpa cara nak rename gambar kat iphone. Susah kalau nak update entry guna iphone tak boleh rename gambar. Selama ni kena pakai android atau tab saja boleh rename gambar dalam gallery. So bila dah jumpa cara renama gambar iphone ni mudah la Cie nak up entry guna iphone saja.

Tab Cie dah kehabisan data. Guna Digi tu yang malas dah nak topup sebabnya line Digi macam siput. Rasa bazir pulak nak up 1 entry pun makan masa lebih sejam. Nak upload gambar lagi. Kita dah jumpa cara rename gambar iphone ni no excuse la nak update entry. Hihi.

Cara Rename Gambar Iphone
Mudah lepas ni guna iphone je nak update blog

CARA RENAME GAMBAR IPHONE

Kat gallery iphone memang takde cara nak rename gambar. Memang tak boleh. Kalau android kita boleh rename gambar dalam gallery. Cie dah jumpa cara nak rename gambar iphone di Youtube indon.

Cara Rename Gambar Iphone
Pilih gambar. Klik petak bawah sekali tu

Cara Rename Gambar Iphone
Cari save to files dan klik


Cara Rename Gambar Iphone
Klik kat anak panah tu

Cara Rename Gambar Iphone
Boleh rename ikut tajuk entry blog



Cara Rename Gambar Iphone
Klik save kat mana-mana folder dalam files kita
 
Selepas dah save gambar tu macam biasa la kita nak update entry kan. So masa pilih gambar tu nanti boleh pilih upload from computer, choose file dan choose files. Akan terus keluar gambar yang kita dah save kat files kita. Maka nya boleh la upload gambar yang dah rename.

Cara Rename Gambar Iphone



Senang je rupanya cara rename gambar iphone. Jenuh selama ni fikirkan cara. Bila ada orang share kita boleh cuba buat. Terima kasih kepada youtuber indon tu yang share cara rename gambar iphone. Bermanfaat untuk Cie guna dah Cie share pula untuk sesiapa yang tercari-cari cara rename gambar iphone. Mudah la nak update entry.