Fruit Cocktail ni memang sentiasa jadi kegemaran semua orang terutama kalau ada majlis jamuan makan. Tak kira la jamuan raya ke, kenduri kendara ke atau majlis apa-apa jela. Selalunya memang akan habis cepat je.
Kali ni Cie tak letak fruit cocktail yang dalam tin tu. Sebab Cie tak makan nenas. Selalunya yang dalam tin ada nenas. Resipi Mix Fruit Cocktail ni memang sedap. Kita letak bahan yang kita makan jela.
Resipi Mix Fruit Cocktail
Bahan-bahan Mix Fruit Cocktail
1/2 tin buah peach potong dadu
1/2 tin laici potong kecil
1 bekas nata de cocoa
1 biji buah naga potong dadu
1/2 peket cincau cincang
1 kotak (1 liter) susu penuh krim Good Day (yang ni sedap)
1 tin susu cair
Ais secukupnya
Cara Membuat Mix Fruit Cocktail
Campurkan je semua bahan tu. Air gula dalam buah peach dan laici tu jangan buang letak je sekali. Air dalam nata de cocoa pun letak sekali. Masa nak makan tu baru letak ais. Kalau letak awal nanti ais cair dan cocktail pun tawar.
Masa Cie buat Jamuan Raya baru ni standby ais dalam bekas lain. Bila tetamu nak makan baru letak ais. Sedap betul lemak manis je. Susu penuh krim tu kalau boleh pakai brand Good Day tu rasa dia lemak sedap.
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteYe sedap
Deletekalau letak buah naga..auto warna air berubah..hihihi...kadang2 linda tak pakai yang mixed pun..beli laici, longan je...sebab anak2 pun tak makan yang mix tu...geram je kita kena perabih...hahaha
ReplyDeleteYe kekadang entah buah apa je dalam tu. Kalau buat untuk jamuan besar office beli mix je senang. Buat makan sendiri je bahan gini. Buah naga memang warna dia kuat betul. Kat tangan pun melekat.
Deletesedapnya...nsib baik tengah batuk ni....nanti dah elok boleh la buat
ReplyDeleteSedap kak makan sejuk2 nyaman je tekak.
DeleteSaya yang melihat langsung terasa haus 😄😄👍. Apalagi banyak jelly dan buah di dalam. Pastilah segar di saat panas seperti sekarang
ReplyDelete